Jika anda kuat anda boleh terus melihat foto-foto berikut.
































Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan kerajaan negeri tetap berpendirian menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan.
“Natijahnya, apa sahaja bentuk perjudian pasti membawa lebih keburukan daripada kebaikan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata, berkaitan dengan apa yang dihebohkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mengungkit rasa tidak puas hati dengan polisi sedia ada kerajaan negeri berhubung penguatkuasaan larangan premis judi di Kelantan, pihak kerajaan negeri sedia menerima pandangan dan sedia memberi penjelasan.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
SEBAGAIMANA semua pihak sedia maklum bahawa polisi pentadbiran kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 adalah berteraskan prinsip pentadbiran Islam. Dalam isu pengharaman premis judi dan perjudian haram, kerajaan negeri sedia melaksanakan pematuhan kepada ajaran Islam yang tidak membenarkan penganutnya berjudi atau terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan perjudian.
Begitu pula, sebelum pelaksanaan penguatkuasaan larangan premis judi dan aktiviti perjudian dibuat pihak kerajaan negeri turut mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak di luar kerajaan. Antaranya berunding dengan badan-badan NGO dan wakil-wakil dari semua agama seawal 1991.
Hasilnya telah sepakat dan bersetuju dengan hujah bahawa perjudian wajar dilarang atas pendirian bersama bahawa perjudian memberi banyak keburukan daripada kebaikan dan mudaratnya sehingga boleh membawa seseorang itu menjadi muflis, mengalami kerosakan dan kehancuran kerukunan rumah tangga.
Perjudian melupakan ‘akal fikiran’ manusia, menyebabkan manusia hanya berserah kepada ‘nasib’. Apa kata kalau manusia menyerahkan kepada nasib semata-mata dalam semua aktiviti hidup? Pasti akan jahanam dan porak-peranda. Manakala perniagaan dihalalkan kerana berniaga mencetuskan aktiviti rasional manusia.
Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan telah diarah menggubal peraturan penguatkuasaan yang tidak membenarkan mana-mana premis menyediakan khidmat perjudian dan aktiviti berkaitan. Penguatkuasaan itu adalah selari dengan bidang kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri big sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada legal adviser untuk melihat dari sudut perundangan yang ada.
Apa pun, pendirian kerajaan negeri ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan. Natijahnya, apa sahaja bentuk perjudian pasti membawa lebih keburukan daripada kebaikan.
Berkaitan dengan apa yang dihebohkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mengungkit rasa tidak puas hati dengan polisi sedia ada kerajaan negeri berhubung penguatkuasaan larangan premis judi di Kelantan, pihak kerajaan negeri sedia menerima pandangan dan sedia memberi penjelasan.
Sehubungan itu, kerajaan negeri merakamkan rasa dukacita kerana pihak kerajaan pimpinan Umno-BN di peringkat Pusat sana adalah pihak berkuasa yang meluluskan pelbagai jenis lesen judi sehingga memerangkap umat Islam dan penganut agama lain.
Sekian. Terima kasih.
Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,Seperti yang termaktub dlam Perlembagaan PAS Fasal 3. Dasar PAS ialah Islam .Hujah ini diperkuatkan lagi melalui muqaddimah Perlembagaan PAS:
1. Umno tidak menjadikan Islam sebagai dasar,akhirnya banyak perkara yang dilaksanakan semasa berkuasa bertentangan dengan Islam.
2. Dasar UMNO yang pragmatis(ikut suasana) mana yang lebih untung ia akan ikut.
3. Islam hanya kuda tungangan UMNO terutama di kawasan yang kuat agama contohnya Tan Sri Muhidin Yasin mengatakan undi BN juga masuk syurga ketika kempen di Manek Urai.
4. Akhlak pemimpin yang terlibat dengan skandal yang mengaibkan seperti yang berlaku kepada ahli parlimen Gombak,ahli parlimen Ampang dan Ketua waita UMNO Kelang.
5. Matlamat masuk UMNO ialah untuk mengumpul kekayaan bukan untuk membela agama dan rakyat.
6. UMNO tidak membela agama.Isu murtad UMNO diam membisu
7. Orang agama UMNO hanya hanya kupang tembaga.Peranan golongan agama hanya untuk menjadi peluru melawan PAS,baca doa,tahlil dan marhaban.
8. Dasar UMNO putera bukan bumiputera akhirnya menindas sesama bangsa kerana berlainan idelogi.
9. Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsadan seagama di Kelantan sebagai satu contoh yang ketara.
10.Khianat bahasa sendiri.UMNO sudah membunuh bahasa sendiri sebagai bahasa ilmu ketika memperkenalkan Matematik dan Sains dalam bahasa inggeris pada tahun 2003
11.Politik khianat bangsa.Yang penting ialah kuasa,contohnya persempadanan semula dalam pilihanraya 2004 di Negeri Kelantan, Terengganu kerusi tidak bertambah.
12.UMNO mengajar rakyat rasuah dalam berpolitik ketika pemilihan dalam parti.
13.Tun Musa Hitam mengatakan UMNO dilanda penyakit 'ketuanan' ertinya UMNO sudah sampai umur nyanyuk
14.Tun Dr. Mahathir mengatakan UMNO sudah busuk sampai ke usus.
15.Kewujudan PERKASA menunjukkan UMNO gagal membela Melayu.
16.Merestui industri judi di negara ini.Tahun 2009 cukai judi RM 2.3 bilion.
17.Wang Felda susut sebanyak RM 2.73 b. (Tahun 2004 Felda ada wang tunai Rm 4.08b susut kepada RM 1.35b pada tahun 2009).Wang sebanyak itu dihabiskan untuk tanam semula RM 2 bilion.Bangunan Felda sebelah KLCC RM 622 juta dan basmi kemiskinan di Sabah RM 253 juta.
18.UMNO tidak bijak memerintah sehingga hutang negara sekarang sebanyak RM 326 bilion.
19.Membazir wang rakyat RM 77 juta setahun untuk upah kepada syarikat APCO Israel.Kalau wang ini dibuat rumah rakyat secara percuma yang bernilai RM 30 ribu dapat dibina sebanyak 2566 buah.
20.UMNO gagal mengatasi masalah rasuah, laporan audit 2008 menyatakan negara rugi akibat rasuah sebanyak RM 28 bilion setahun.
21.53 tahun merdeka masalah akhlak dan moral semakin parah.Anak haram tahun 2009,17,303.Setiap hari 48 orang, setiap jam 2 orang.Bermakna 34 orang penzina.
22.Membiarkan ketagihan arak di kalangan rakyat negara ini, belanja sehingga RM 1,7 bilion berada ditangga ke 10 tertinggi d dunia