Siapa yang tidak tahu untuk apa dia perlu MATI maka dia tidak layak untuk HIDUP !!

Laman Web Rasmi Parti

Laman Web Rasmi Parti
Sila klik Gambar

Followers

Saturday, February 26, 2011

Kecam Yusuf Al Qardhawi : Najib Tidak Cerdik dan Penakot

TIMBALAN Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa begitu kesal dan terkilan dengan kenyataan Peradna Menteri, Najib Razak yang menuduh Dr Yusuf Al-Qardhawi dan gerakan Ikhwan Muslimin sebagai parti ekstremis dan terlibat dengan keganasan.

Najib dikatakan telah membuat kenyataan itu yang disiarkan dalam laman web National Review Online.

Sehubungan itu Nasharudin meminta Najib menarik balik tuduhan berkenaan yang dianggap sebagai kenyataan yang tidak cerdik.

Berikut disiarkan sepenuhnya kenyataan Nasharudin Mat Isa yang dikirimkan ke email saya baru sekejap tadi;

Merujuk dalam satu laporan berita yang disiarkan dalam laman web National Review Online, saya mendesak Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Razak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama’ terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Memetik ucapan yang dibuat olehnya di Istanbul baru-baru ini, beliau mendakwa bahawa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

Ikhwan Muslimin merupakan sebuah gerakan Islam yang sah di Mesir. Malah, mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihanraya di Mesir. Tambahan lagi, mereka sering melaungkan tema “Penglibatan dan Bukan Penguasaan” disamping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Mesir.

Walaubagaimanapun, hak dan nilai demokrasi mereka sebagai rakyat dan parti politik yang sah telah dicabul sehingga mereka terpaksa berdepan dengan ancaman, ugutan serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah Mesir.

Menyentuh mengenai kebangkitan rakyat di Mesir, Ikhwan Muslimin berpendapat bahawa segala kerosakan dan pencerobohan yang berlaku adalah disebabkan tindakan kumpulan-kumpulan samseng yang bersengkongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menindas kemahuan rakyat.

Malah Ikhwan Muslimin turut memberikan penghargaan kepada seluruh tentera Mesir yang berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan memelihara keamanan sepanjang tempoh revolusi yang berlaku.

Ini membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin tidak terlibat dengan sebarang bentuk provokasi dan strategi bagi melakukan keganasan dan kekacauan di Mesir.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia pula merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat terkenal seluruh dunia. Bahkan segala usaha-usaha yang dilakukan olehnya mendapat pengiktirafan serta penghormatan yang tinggi.Sempena majlis sambutan Ma’al Hijrah 1431/2009, Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah berkenan menyampaikan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam seluruhnya.

Malah, beliau selalu berkunjung ke Malaysia untuk menyampaikan ilmu serta bertemu dengan ramai individu, parti politik serta pihak-pihak tertentu. Ini membuktikan sifat beliau disenangi dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Kenyataan Perdana Menteri itu dilihat tidak cerdik. Saya berpendapat Najib harus menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi segera.

Jika tidak, beliau telah menunjukkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat dan takut untuk menzahirkan kebenaran.

Disediakan oleh
NASHARUDIN MAT ISA,
Timbalan PresidenParti Islam SeMalaysia

LU TOLONG GUA...GUA TOLONG LU...HAMPEH !!!

Sepertimana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'lu tolong gua, gua tolong lu', kali ini Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula memberitahu kumpulan yang mewakili orang Cina Melaka bahawa beliau hanya akan membincangkan tuntutan mereka jika BN memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

NONEBeliau memberitahu demikian kepada wakil Persatuan Pendidikan Cina
Progresif Melaka, Yang Ying Chong, sebelum beredar dari pusat penamaan calon bersama calon BN, Roslan Ahmad pagi tadi.

Sebelum itu, selepas penamaan calon pagi ini, Yang menyerahkan kepada ketua menteri tuntutan antaranya, sekolah vernakular, sekolah Cina bebas dan sekolah agama rakyat diberi faedah yang sama seperti sekolah kebangsaan, iaitu menerima subsidi, bantuan untuk pelajar dan sijil untuk melanjut pengajian di universiti awam dan perkhidmatan awam.

Mereka juga menuntut kerajaan mengembalikan kewarganegaraan aktivis mendiang Lim Lian Geok dan menerimanya sebagai sebagai patriotik negara.
NONESeorang guru diConfucian Chinese School dari 1935 hingga 1961,
kewarganegaraan Lim dan lesen mengajarnya dibatalkan pada 1961 kerana menentang Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961 yang mewajibkan semua sekolah menengah mengajar dalam Bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

Sementara itu, Mohd Ali menafikan yang beliau telah mengatakan bahawa kerajaan Melaka hanya akan membantu pelajar Melaka untuk pulang semula ke Mesir, jika calon BN menang.

DAHLAH B.D.H ,SOMBONG PULAK TU !


PAS: Ali Rustam sombong, usaha bodohkan pengundi Merlimau akan gagal


JASIN, 26 Feb — PAS menyifatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai “sombong” apabila mendakwa bahawa Malaysia akan menjadi macam Mesir, yang berhadapan dengan pergolakan politik, jika diberi kuasa untuk memerintah negara ini.

Menurut Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, kenyataan itu adalah satu tuduhan liar yang menunjukkan sikap sebenar Mohd Ali yang “sombong”.

“Kenyataan yang amat sombong dari seorang pemimpin Umno yang tidak faham erti demokrasi.

“Ia adalah satu tuduhan yang amat liar apabila kaitkan PAS dengan kekacauan di Mesir, Mesir berlaku kekecohan bukan kerana rakyat tapi adalah kerana campur tangan pihak berkuasa termasuk pemerintah,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini.

Semalam Mohd Ali berkata, Malaysia dijangka menerima nasib seperti Mesir yang dilanda rusuhan baru-baru ini jika PAS memerintah negara ini.

Beliau berkata, ini kerana parti tersebut gemar menggunakan pendekatan demonstrasi dalam menangani sesuatu isu yang bukan saja tidak membawa kebaikan kepada rakyat, malah turut memburukkan keadaan.
Kata Nasharudin, Mohd Ali sebagai seorang pemimpin Umno yang sudah lama terlibat dalam arena politik patut tahu maksud sebenar amalan demokrasi yang diamalkan.

“Patut beliau yang sudah lama menjadi pemimpin Umno patut faham erti demokrasi yang membolehkan mana-mana parti untuk melibatkan diri dalam pilihan raya.

“Bukan kerana rakyat tapi sistem yang diamalkan di Mesir, dan kita di sini telah terlibat dalam pilihan raya sejak dari dulu lagi... sudah banyak yang kita sertai,” katanya.

Jelas beliau, strategi Umno untuk memburukkan PAS sepanjang kempen pilihan raya berlangsung tidak akan mempengaruhi pengundi di Merlimau.

“Ini bukan kempen Umno tapi ia adalah sikap yang ditunjukkan pemimpin Umno terhadap Pakatan Rakyat dengan buat tuduhan liar untuk nafikan hak demokrasi.

“PAS sudah terlibat dalam pilihan raya sudah lama, rakyat tahu apa PAS dan mereka tahu kualiti yang ada pada PAS.

“Mereka (Barisan Nasional) boleh tuduh tapi usaha untuk memperbodohkan pengundi di Merlimau tidak akan berhasil,” kata Ahli Parlimen Bachok ini.

Walaupun Merlimau merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), beliau percaya PAS akan memberikan saingan yang hebat.

“Kita jangkakan satu pertandingan yang sengit dan tak mudah (untuk menang) tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh beri tentangan,” kata Nasharudin.

PAS meletakkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka Yuhaizat Abdullah sebagai calon manakala BN mempertaruhkan ahli jawatankuasa Umno Jasin Roslan Ahmad untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau.

Ini merupakan kali pertama kedua-dua calon bertanding dalam pilihan raya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

MEH BACA ..ANAK MERLIMAU MENULIS !

Assalamualaikum,

RENCANA tuan 'Nothing to loose by voting PAS in Merlimau' (Tidak rugi apa-apa jika mengundi PAS di Merlimau) sebelum ini sungguh menarik sebagai mukadimah semarak kempen pilihan raya kecil Merlimau.

Memang hasrat hati meronta-ronta bagaimana nak menyedarkan orang Melaka yang amat berkarat pemikiran mereka tentang politik. Ini berdasarkan pelbagai cara dan karenah yang telah orang-orang Umno lakukan terhadap mereka yang mempunyai kesedaran dan yang mula sedar. Memang banyak ceriteranya, cumanya tidak tahu kepada siapa dan bagaimana nak disampaikan mesej.

Nah, setelah membaca artikel berkenaan, baru tersingkap peluang. Sekurang-kurangnya dapat diperpanjangkan untuk menyedarkan orang Melayu Melaka tetutamnya orang Merlimau yang selama ni menjadi pak angguk, pak bodek dan pak pengecut. Kenapa saya kata begini, kerana baru hari Isnin lepas saya ada bertemu beberapa orang kawan yang mengajar sekolah menengah di Merlimau.
Mereka memberitahu pengetua telah membuat bancian dan mengambil nombor kad pengenalan guru-guru yang mengundi di kawasan Merlimau pada pilihan raya kecil yang akan datang. Ada antara guru-guru tersebut dah mula takut dan bertanyakan sama ada kerajaan khususnya Menteri Pelajaran (yang juga Timbalan Perdana Menteri) tahu apa yang mereka pangkah. Kerana sebelum ini dulu cakap berdegar-degar tidak akan berganjak tetap memilih dan memangkah Pakatan Rakyat. Sekarang takut dah mula menguasai guru-guru yang sebelum ini semangat berkobar-kobar menyokong terutamanya Anwar Ibrahim. Dijentik telinga sedikit dah menggelabah.

Saya memberitahu guru-guru berkenaan bahawa ini adalah suatu taktik untuk menakut-nakutkan guru-guru yang dilakukan oleh pengetua-pengetua sekolah sebab nak merebutkan ganjaran yang diisytiharkan oleh TPM Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran baru-baru ini, bahawa guru-guru besar dan pengetua-pengetua akan diberi ganjaran RM5,000 hingga RM6,000 sebagai menghargai kecemerlangan prestasi mereka. Inilah dia masanya untuk tunjukkan kezaliman dan kebodekan diri untuk mendapatkan ganjaran tersebut.

Tambahan pula sekarang harga barang-barang mahal sementara kehendak dan cita rasa tinggi. Kereta nak ditukar yang baru sebab guru-guru di bawah mereka memiliki kereta yang lebih hebat daripada mereka. Walau bagaimanapun, ganjaran yang diumumkan oleh Muhyiddin itu pun, adalah reaksi ketakutan dan kekhuatirannya dengan pengumuman Anwar yang akan memberikan bonus kenaikan gaji setiap bulan sebanyak RM500 kepada semua guru jika Pakatan memerintah. Kalau tidak, jangan nak mimpilah guru-guru.

Saya menjelaskan kepada guru kawan-kawan saya itu bahawa ini taktik menakutkan guru-guru sebab itu pengetua umumkan dan tunjukkan. Kenapa perlu jumpa guru-guru minta nak minta nombor kad pengenalan sedangkan di pejabat sekolah, apanya yang tak ada. Dokumen terperinci setiap guru-guru ada. Sebagai pengetua dan guru besar, dia boleh ambil pada bila-bila masa dan keadaan tanpa memberitahu guru-guru tersebut. Apa perlu beritahu.

Tuan ada menyentuh tentang Merlimau Inn. Di sini ada cerita yang besar yang boleh dijadikan isu membela rakyat dan membongkar penyelewengan. Pada suatu pagi, beberapa tahun lalu, saya didatangi seseorang. Dia bercerita dan memberitahu kesedihannya yang dirundung malang sebagai rakyat marhaen yang dipermain dan diperkotak-katikkan.

Menurut kawan ini, dia memberitahu, dia baru saja diingatkan oleh seorang tua yang anaknya ada hubungan rapat dengan pemimpin tinggi negeri dan orang kuat Yayasan Melaka. Ia berhubung dengan tanah di hujung Merlimau Inn. Tanah yang bersebelahan dengan Merlimau Inn ini, sebelum ini ia adalah tanah kawan ini.

Apabila rancangan untuk memperbesarkan bandar Merlimau, atas nama Akta Pengambilan Tanah yang kononnya tidak boleh tidak mesti jual dan serah bagi tujuan untuk membesarkan bandar Merlimau, kawan ini pun turut serta. Tanahnya yang bersebelahan Merlimau Inn dijualkannya. Semasa menandatangani surat jual beli itu, kawan tadi meminta kepada Pegawai Daerah yang bertanggungjawab semasa itu, bahawa selagi tanah itu belum dimajukan atau diterangai bagi tujuan membesarkan bandar Merlimau, dia meminta untuk mengambil hasil yang ada di tanah tersebut iaitu buah kelapa.




Menurut kawan tadi, pegawai daerah tersebut bersetuju. Lebih kurang setahun dia mengambil buah-buah kelapa tersebut, pada suatu pagi semasa dia mengutip buah kelapa, dia didatangi seorang tua dan orang tua itu bertanyakan apa yang dia buat di kebun tersebut. Kawan tersebut menyatakan, dia mengambil buah kelapa dan menceritakan kepada orang tua itu, bahawa dulu kebun ini adalah kepunyaannya dan pegawai daerah memberikan kebenaran untuk dia mengambil hasilnya selagi kawasan itu belum dibangunkan.

Orang tua tersebut mengingatkan kawan tersebut, mulai hari itu jangan ambil lagi buah-buah kelapa di kebun ini sebab tanah ini adalah kepunyaan anaknya dan anaknya sudah membelinya daripada Yayasan Melaka. Dan anaknya bercadang nak membina stesen minyak di tanah tersebut. Itulah sebabnya kawan ini tadi datang mengadu kepada saya. Saya menasihati untuk merujuk hal itu kepada peguam untuk mengetahui sama ada sudah berlaku penyelewengan atau penipuan. Kawan ini menyatakan tidak mampu untuk mengambil peguam. Saya cadangkan pula kepadanya untuk mendapatkan bantuan daripada parti politik yang saya rasa boleh membantu kerana parti politik ramai peguam yang sanggup membantu.

Jawapan kawan saya ini, dia tak hendak sebab dia adalah orang atau ahli Umno, nanti apa kata Umno pula. Di sini kita dapat lihat betapa seksanya seorang Umno. Dah ditipu terang-terangpun masih taat dan setia. Hang Tuah betullah orang Melaka ni!

Isu yang lain pula ialah betapa banyaknya hutang kerajaan negeri kepada kontraktor-kontraktor. Salah seorang kawan saya hampir RM400,000 tidak dibayar begitu sekian lama sehingga meminjam hendak beli barangan keperluan rumah. Cakap meninggi dengan pengisytiharan bandar raya antarabangsa. Hutang melambak tak terbayar. Pilihan raya ini menjadi kecutlah kontraktor-kontrakror tersebut. Agar semua hutang itu kira habis dan tak perlu dibayar, jangan-jangan kontraktor-kontraktor dipaksa memberi sumbangan wang kepada kerajaan yang selama ini membantu kontraktor dan apabila menang nanti akan diberi lebih banyak peluang. Ini semua tipuan dan penyelewengan dan salah guna kuasa. Sebab bukan semua ahli Umno dan ramai yang benar-benar buat kerja dan ada yang tidak menyebelahi mana-mana parti. Tapi bagi kontraktr apa nak kata, mengadu pada Pakatan nanti habis kena ‘terminate’ (ditamatkan kontrak). ‘Sabau’ aje la labu...





Isu nasional pula ialah berhubung dengan sekatan yang dikenakan kepada anak-anak dan penjamin pinjaman Mara yang peminjamnya tidak membayar pinjaman tersebut. Semua anak-anak dan penjamin pertama dan kedua tidak boleh melanjutkan pelajaran ke MRSM, UiTM, menyewa premis dan gerai Mara serta apa-apa yang ada hubungan dengan dengan Mara. Dua orang ahli keluarga saya sendiri telah menerima surat pemberitahuan tersebut. Innalillahiwainnahirojiun...demikianlah nasib anak-anak Melayu.

Sekian dimaklumkan dan saya pohon maaf jika ada terkasar kata dan terlanjur bahasa. Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan. Wassalam. – ANAK MERLIMAU

KALI INI ORANG MERLIMAU SOKONGLAH PAS

Sekitar proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil dun Merlimau, Melaka

11.30 am Satu lawan satu di Dun Merlimau. Pengurus Pilihan Raya DUN Melimau, Roslan Eusoff mengumumkan Yuhaizad Abdullah (PAS) lawan Roslan Ahmad (BN). Laungan takbir bergema dari kumpulan penyokong Pakatan Rakyat. 3 bantahan yang dikemukakan ditolak oleh SPR.

11.00 am: MERLIMAU - Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Yusuf mengumumkan tempoh bantahan bagi borang pencalonan tamat

10.30 am: MERLIMAU - Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, PAS bertanding di Dun Merlimau untuk menang meskipun mengakui kawasan berkenaan kubu kuat Umno BN."Di Merlimau kita akui persaingan sangat sengit tapi tak patahkan semangat PAS untuk bertanding," katanya.

Beliau berkata, PAS meletakkan Yuhaizad sebagai calon kerana yakin dengan pengaruhnya terhadap masyarakat setempat memandangkan beliau seorang anak tempatan.10.10 am: MERLIMAU - Borang pencalonan dipaparkan oleh SPR di papan kenyataan. Borang pencalonan pertama dari calon PAS, Yuhaizad Abdullah.

9.15 am: MERLIMAU - Di luar Politeknik Merlimau, ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat tidak berganjak.
Mereka berkumpul di hadapan sekatan polis sambil berselawat, bertakbir, melaungkan slogan 'Hidup Islam, Hancur kezaliman' berselang seli.9.00 am: MERLIMAU - Pegawai pengurus pilihan raya Dun Merlimau mengumumkan masa untuk menyerahkan borang pencalonan dibuka.8.49 am: MERLIMAU - Perarakan calon telah tiba di pusat penamaan calon.Turut mengiringi calon adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan isteri calon.

8.35 am: MERLIMAU - Calon PAS, Yuhaizad Abdullah tiba di tempat berhimpun dan perarakan bermula. Calon PAS diapit Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.Perarakan diiringi laungan selawat dan keadaan terkawal.

8.25 am: MERLIMAU - Bob Lokman turut menyertai perarakan hari ini.

8.13 am: MERLIMAU - Pimpinan PR dan calon PAS serta penyokong sudah mula berkumpul di Padang Sime Darby Merlimau Utara sebelum memulakan perarakan.

Antara pimpinan PR yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Pengarah Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mat Akin.

7.57 am: MERLIMAU - Pihak polis semakin memperketatkan sekatan jalan di persekitaran jalan Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan utama perarakan calon ke pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau.

7.34 am: MERLIMAU - Suasana di persekitaran Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan perarakan calon mula sibuk.




























Merlimau : dari facebook WANITA UMNO Jasin.. marah nampak...


ambik dari blog http://albanjarionline.blogspot.com

PAS MELAKA MAHU INI ORANG DISIASAT SEGERA....


PAS Negeri Melaka mendesak agar suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan penyiasatan ke atas Datuk Sri Mohd Ali Rustam selaku Pengerusi MAIM dan Majlis Agama Islam (MAIM).

Kegagalan Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) membina Kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyebabkan agensi itu terpaksa membangunkan sendiri kompleks tersebut berjumlah RM13.85 juta dengan menggunakan peruntukan wang zakat.

Ketika mendedahkan perkara ini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari melahirkan rasa kesal di atas kelalaian yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN yang diketuai Dato' Seri Mohd Ali Rustam sehingga menyebabkan tanah milik MAIM terlepas kepada pihak ketiga.

Beliau mahu Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyisat sehingga ke akar umbi Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi MAIM, Dato' Seri Mohd Ali Rustam serta mereka yang terlibat dalam isu ini segera.

Dakwanya, Kerajaan Melaka melalui MAIM juga dilihat gagal memantau projek yang dilaksanakan oleh RMSB yang telah mengingkari perjanjian dengan tidak membina Kompleks MAIM sehingga tamat tempoh perjanjian pada 13 Jun 2004.

Sebaliknya, tegas beliau, RMSB membina projek pembangunan lima tingkat Kompleks Perniagaan dan 30 unit rumah kedai tiga tingkat di atas tapak PT 83. Adly mendedahkan, MAIM telah menandatangani satu perjanjian usaha sama dengan RMSB pada 13 Disember 2002.

"RMSB dikehendaki membina Kompleks MAIM di PT 1155, Bandar Bukit Baru, Daerah Melaka Tengah dalam tempoh 18 bulan dari tarikh surat perjanjian ditandatangani dengan kos pembinaan berjumlah RM10.16 juta.

"Sebagai balasan, RMSB diberi hak membangunkan tanah di PT 83 dan MAIM akan memindah milik PT 83 kepada RMSB sebaik sahaja pembinaan Kompleks MAIM selesai," tegas beliau. Dakwa Adly lagi, pihak RMSB telah memecah PT 83 kepada lima lot kecil iaitu Lot 105 hingga Lot 109 dengan kelulusan Pejabat Tanah Dan Galian Melaka pada 14 Disember 2006.

RMSB telah berjaya menjual Lot 106 pada 7 Februari 2007 kepada BC Lim Enterprise dengan harga RM10.5 juta dan Lot 105 kepada Universiti Terbuka Malaysia pada 8 Oktober 2007 dengan harga RM10.4 juta, jelas beliau.

MAIM yang dipengerusikan Ali Rustam sepatutnya bertanggungjawab sehingga menyebabkan wang zakat sebanyak RM13.85 juta digunakan, disamping kehilangan tanah di Lot 105 dan Lot 106. Sikap kerajaan Umno-BN yang membenarkan tanah wakaf dijual pada pihak ke 3 adalah gambaran perangai hipokrit Umno yang kononnya berusaha menyelamatkan Melayu dan Islam.

PAS Melaka mendesak SPRM melakukan siasatan menyeluruh bagi memastikan ketelusan dan mereka yang melakukan penyelewengan di hadapkan kemuka pengadilan:

a. Penjualan Tanah Milik MAIM di Lot 105 dan Lot 106 pecahan kepada PT83 kepada pihak ketiga.

b. Pengunaan wang zakat RM13.85 juta yang sepatutnya tidak digunakan bagi membina Kompleks MAIM, sepatutnya disalurkan kepada rakyat yang layak.

c. Penyerahan Hak Milik Tanah. MAIM juga didapati telah menyerahkan Surat Hak Milik PT 83 kepada RMSB pada 13 Oktober 2006, sedangkan mereka telah tahu bahawa RMSB telah gagal memajukan Komplek MAIM mengikut perjanjian asal.

d. Mengapa MAIM tidak mengambil tindakan undang-undang kepada RMSB? Apakah individu di dalam MAIM juga mempunyai kepentingan di dalam RMSB?

PAS Melaka juga tegas Adly, turut kesal kerana kerajaan Umno-BN gagal menguruskan harta wakaf dan wang zakat sehingga kelemahan berikut dikenalpasti dalam sebuah negeri berstatus "Negeri Maju" seperti:

a. Penjualan tanah milik MAIM. Mengikut rekod, nilaian tanah milik MAIM telah berkurangan daripada RM18.81 juta pada tahun 2006 kepada RM9.11 juta pada 2008.

b. Penggunaan wang Baitulmal sebanyak RM1.8 juta bagi pengubahsuaian komplek
perniagaan MAIM, yang disewakan kepada JAIM.

c. Gagal mendaftar sebanyak 20% dari tanah yang diwakafkan.

d. Proses mendaftar tanah wakaf mengambil masa dari 21 hingga 164 bulan.

e. Kelemahan dalam penyelenggaraan Daftar Harta Wakaf, Harta Faraid Dan Sewa Hartanah.

f. Pencerobohan Tanah Baitulmal

g. Tanah Wakaf Tidak Dapat Dikenal Pasti Lokasi

Friday, February 25, 2011

WANITA UMNO JASIN DAH MULA MENCARUT

Kesian Wanita UMNO Jasin, meraung-raung tak keruan. Gigit gusi lagi nampaknya Wanita UMNO mahu menonjolkan calon wanita dalam PRK kali ini, nampaknya Ali ketam masih belum minat letak Wanita UMNO di Merlimau. Wanita tak kaliber kah? Bukan tak kaliber, Ali ketam kata, wanita hanya layak letak di sekolah bunting Jasin tu jer..! Tu la pasal !!

Sudahnya kerana geram, Wanita Umno Jasin tutup bilik gerakan Wanita di Taman Merlimau Jaya. Kih..kih..kih..! Bagi mengubat lara, dilaman fesbuk Wanita Umno hari ini 'geger' mereka berpantun gurindam. Hot jugak pantun bikinan mereka. Mari kita baca..,

Bulu dada lebat di pangkal,
Gugur anu dengan buahnya,
Dibawa dagang pergi ke seberang;
Sungguhpun ringgit penuh sekapal,
Hati yang gundah apalah gunanya,
Kami wanita sekadar mengangkang?

N.27: MERLIMAU

Bukan fitnah tu bro ! Ini bukan blog PapaGomo der..! Ini hal telah disahkan benar oleh Ketua Wanita UMNO Jasin, Zaleha Bujang yang mengatakan bahawa beliau merasa sangat tersinggung dengan pilihan calon oleh pucuk pimpinan Umno dimana telah mengenepikan sumbangan dan peranan wanita UMNO di Merlimau.

Menurut beliau lagi ini menunjukkan bahawa suara Wanita UMNO tidak didengari oleh pimpinan UMNO berbanding dengan Pakatan Rakyat seperti di PRK Tenang yang mengangkat martabat wanita dengan memilih bekas guru Normala Surdiman sebagai calon. Lihat saja aksi wanita UMNO dibawah dengan wajah geram, cuba menanggalkan jubah merahnya kerana kecewa dengan calon BN tidak dipilih dari kalangan Wanita.


Beliau yang ditemui pagi ini turut tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila kesungguhan Wanita UMNO Jasin melancarkan "Gelombang Merah Wanita' yang menyasarkan 5000 petugas Wanita di Merlimau tidak dipedulikan oleh pimpinan UMNO. Menurut beliau lagi sepanjang 15 PRK pasca pilihanraya ke 12 tidak ada seorang pun wakil di kalangan Wanita UMNO dan BN dipilih menjadi calon berbanding dengan Pakatan Rakyat. Berantakan dah...! Wakakak..!!

(*) Apa barang bukak baju merah tu makcik, bukak semua laa.., hahahaha..tambi mesti suka !

N.28 : KERDAU
Penasihat MB hari ini dijadualkan memulakan kempen diatas mimbar masjid. UMNO kelihatan amat islam di Kerdau. Solek pun pakai songkok nanti, ciri ciri keislaman di Kerdau terpancar jelas dimata pengundi.

Calon PAS pulak tak berapa nak islam mengikut kata orang orang UMNO. Tak padan langsung nak lawan, kata orang UMNO. Aku kalau pergi bertugas dimana mana memang suka sangat minum dengan orang UMNO.

Yang aku dapat analisa tentang orang UMNO nih, sampai ke sudah mereka ditipu oleh pemimpin UMNO. Tak boleh lagi, kalau nak laksanakan hukum islam sebab islam di Malaysia tak menyeluruh. Tak boleh islam macam tu.., nanti huruhara negara, begitulah UMNO menipu rakyat malaysia.

UMNO memberikan mimpi indah kepada pengundi dimana mana mereka bertanding, mereka sanggup buat apa saja untuk pengundi masa ini, jadi badut pun sanggup, asal dapat undi. Kasihan UMNO, jadi pak lawak pun depa boleh, jadi Ahmad Nisfu pun boleh, kempen mereka hanyalah mimpi mimpi indah bagaikan filem bollywood yang siap guling-guling dan menari nari atas lereng bukit akhirnya mampus jatuh dalam gaung.

CALON UMNO BERKEMPEN DI KUBUR


Apa tujuan Utusan Malaysia menunjukkan gambar Calon BN berada di kubur. Tujuannya adalah untuk kempen kan!! Rasanya tak salah juga dengan tajuk ini Calon BN Dun Merlimau Kempen Di Kubur.

Alhamdulillah.....orang Merlimau dan orang Melaka tahu calon mereka juga berkebolehan....

HAJI YUHAIZAD BUKTI PAS HARGAI GOLONGAN MUDA



  1. JASIN, 25 Feb: Calon PAS di Dun Merlimau, Yuhaizad Abdullah menyifatkan pemilihan beliau untuk mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun berkenaan sebagai penghargaan kepada sumbangan golongan muda.

    Yuhaizad, 38 berkata, pemilihan berkenaan menunjukkan kesungguhan PAS mengiktiraf golongan muda sebagai penyumbang dalam perubahan lanskap politik Pakatan Rakyat khususnya PAS.

    "Pengisytiharan calon ini bukan milik saya tapi satu manifestasi keprihatinan PAS yang mengiktiraf sumbangan semua pihak baik lelaki mahupun perempuan dan merupakan penghargaan yang sangat bermakna bagi pemuda di seluruh Malaysia.

    "Ini juga kemuncak kepada keadilan dan pembelaan tanpa mengira usia selari dengan tuntutan Islam terhadap pemuda serta generasi muda selaku rakan kongsi dalam pembanguanan politik serta pentadbiran negara yang sangat berpengaruh," katanya dalam ucapan sulung selepas diumumkan sebagai calon di Markas Solihin, dekat sini malam tadi.

    Justeru, beliau yang merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin mengharapkan sokongan daripada semua pihak untuk bersama-samanya membawa perubahan dalam poltik Melaka yang masih terkongkong di bawah Umno BN.

    "Selaku insan yang diamanahkan menjadi calon saya dengan penuh rendah diri merakam rasa terharu seterusnya memohon kerjasama daripada semua pihak untuk menyokong PAS yang mewakili Pakatan Rakyat untuk kita sama-sama merealisasikan hasrat membawa perubahan politik di Melak," katanya yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri.

    Menurutnya juga, PRK Merlimau ini merupakan ujian besar bagi menguji tahap pencapaian PAS di negeri itu sebelum menghadapi pilihan raya umum.

    "PRK Merlimau ini ujian yang sangat getir bagi PAS negeri Melaka dan Pakatan Rakyat kerana ini merupakan PRK pertama di Melaka dalam tempoh 15 tahun selepas PRK Bukit Asahan pada tahun 1996 yang ditandingi PAS," katanya.



Sunday, February 20, 2011

UMNO/BN POLITIKKAN MASJID DENGAN PROGRAM PARTI

Jasin : Umno/BN terus mempolitikkan masjid dengan program menganjurkan program Umno di dalam Masjid. Terbaru hari ini Umno mengadakan program maulidur Rasul di dalam kawasan masjid di Masjid Al Amin Permatang Serai..

Sebelum ini mereka sering menuduh PAS mencemari masjid dengan program parti tetapi sebenarnya Umnolah bertindak demikian dari dulu, kini dan harap-harap tidak selamnya.

Pada setiap kali pilihanraya samada umum atau kecil Umno tanpa segan silu mempolitikkan masjid dengan menganjurkan program atas nama Umno

Saturday, February 19, 2011

inilah kerja umno....

1) Bahan FITNAH semakin tersebar luas di sekitar DUN Merlimau...!!!

2) Ada pelbagai cara @ kaedah dilakukan... salah satunya melalui pos ke rumah pengundi...

3) Berikut bahan fitnah tersebut :-

Sebuah buku kecil yg termuat pelbagai gambar fitnah...!!!

Sekeping VCD yang telah diedit semula...!!!

Sebuah buku kecil mempunyai unsur-unsur hasutan...
supaya membenci bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Sebuah komik versi kartun...
Mempunyai unsur-unsur perkauman yg melampau...!!!



Muka surat terakhir...
Kononnya bahan fitnah ini untuk renungan anak bangsa kita...
*** Nasihat untuk pengundi DUN Merlimau: Pastikan anda tidak terpengaruh dengan fitnah-fitnah tersebut, yg hanya semata-mata berhasrat memecahbelahkan perpaduan antara kaum di Malaysia...
*** Nasihat untuk pemfitnah: Kemungkinan anda boleh terlepas daripada hukuman didunia ini, tapi anda harus sedar bahawa anda pasti akan diberikan hukuman di akhirat kelak...!!





NIE LAGI SATU KERJA DIA.....



Suatu kebiasaan bagi masyarakat Malaysia...
- BN gunakan kekuatan jentera kerajaan.
- BN gunakan kemudahan lokasi pentadbiran kerajaan untuk berkempen.
- BN dibolehkan berkempen walaupun sebelum hari penamaan calon.
- BN menghalang program Pakatan Rakyat yang ada permit.


Bendera BN diletakkan sepanjang pagar JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR
KAWASAN MERLIMAU


Bendera BN masih disangkut sepanjang pagar bangunan TM Merlimau.


Bendera BN berkibar sepanjang jalan di kampung...
walaupun belum dlm tempoh berkempen...
SPR buat2 tak tahu hal ini...

 12 jaminan PAS untuk Malaysia Baru

SHAH ALAM, 19 Feb: PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.

Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini.

Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.

PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:


















1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.

Sementara itu dalam ucapannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dasar dan pendekatan Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS telah dibentangkannya untuk tatapan semua.

"Masa telah sampai untuk kita menggemblengkan seluruh tenaga dan sumber bagi mengangkat martabat umat Islam, mendayakan bangsa Melayu dan melahirkan Politik Lita'arafu yakni Politik Saling Menghormati.

"Semua usaha ini adalah bagi melahirkan sebuah Malaysia baru yang menjunjung tinggi tuntutan Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua yang bebas rasuuah, kezaliman dan penyelewengan kuasa.

Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berucap merasmikan konvensyen dengan memberikan penekanan terhadap peri pentingnya masyarakat negara ini diberi kefahaman paling tepat dan memudahkan.

Semua wakil PAS kawasan daripada seluruh negara hadir dalam konvensyen sehari yang turut menampilkan ramai tokoh antaranya; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Budayawan dan Cendikiawan terkenal, Prof Emiritus Dr Abu Bakar Abdul Hamid dan Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid.

Turut mendapat perhatian adalah ucapan dan pandangan daripada Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail termasuk AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dan Pakar Sains Politik dan Aktivis Sosial, Dr Wong Chin Huat.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengemukakan Buku Jingga mengandungi sepuluh perkara jaminan terdiri daripada mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

Jaminan itu juga meliputi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad, KWSP dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;

Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti gas sebanyak RM19 bilion kepada penjanan bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;

Mengiktiraf peranan dan jasa awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru mendidik bangsa;

Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;

Menyediakan perkhidmatan internet wi-fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa rakyat;

Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda dan;

Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Negeri Sabah.

 Tegak Islam, Melayu selamat !!!


SHAH ALAM, 19 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, Melayu tidak akan selamat jika terus memperjuangkan ketuanan Melayu tanpa memperkasakan Islam di kalangan kaum majoriti itu.

Ini kerana kata Abdul Hadi, hanya Islam yang mampu menyelamatkan semua bangsa kerana kepimpinan Islam menekankan amanah, bukan bersifat menindas antara satu sama lain.

“Kita jangan rasa selesa dengan Melayu sahaja tanpa diperkasakan dengan Islam. Kalau Allah nak pelihara Islam, maka Islam boleh naik dengan bangsa lain ambil alih.

“Sebab itu kita kena yakin kalau Melayu nak selamat maka Melayu hendaklah tegakkan Islam. Kalau tegakkan Melayu, Melayu tak akan selamat kerana Islam memang dipelihara oleh Allah SWT,” kata beliau sewaktu membentangkan kertas kerja 'Jaminan PAS' di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Menurutnya, Allah memerintahkan hal ehwal memerintah diserahkan kepada orang yang adil tanpa mengira kaum dan sejarah telah membuktikan bahawa Islam yang dibawa oleh pemimpin yang adil diterima semua kaum.

“Pada zaman awal Islam, apabila nabi Muhammad membina negara di Madinah, yang pertama dipersaudarakan orang Muhajirin dan Ansar, yang kedua diajak orang-orang bukan Islam di kalangan orang Yahudi diikuti orang bukan Islam kristian dan musyrikin,” jelasnya.

Tambahnya, apabila dicampur semua penduduk pada masa itu, kedudukan orang bukan Islam adalah majoriti namun mereka menerima kepimpinan Islam dan benci dengan kezaliman pemimpin-pemimpin mereka.

Abdul Hadi menjalaskan demikian sebagai mengulas jaminan PAS terhadap tiga perkara utama yang sering menjadi persoalan di kalangan orang Melayu.

Tiga jaminan tersebut adalah dari segi kedudukan Islam, politik dan ekonomi.

PAS, katanya akan terus mengupayakan Islam sebagai agama persekutuan dalam perkara tiga yang ditetapkan sebagai salah satu antara tunggak Dasar Bersama Pakatan.

Dari segi kedudukan ekonomi pula beliau berkata, PAS bersedia untuk berdebat dengan Umno atas isu kedudukan ekonomi orang melayu-Islam.
“Sudah lama PAS ditohmah dan dikatakan tidak mampu menangani isu ekonomi orang Melayu,”katanya.

Politik perkauman lagu lama Umno

Dari segi politik pula, PAS tegasnya sama sekali menolak slogan ketuanan Melayu kerana ia hanyalah slogan yang direka cipta untuk meneruskan kesinambungan kuasa hegemoni secara mutlak bukan sahaja terhadap Melayu, bahkan bukan Melayu serta merampas kuasa sultan berpelembagaan.

“Lepas kalah pada pilihan raya umum ke-12, Umno timbulkan soal Melayu, cuba menakut-nakutkan orang Melayu kononnya kuasa mereka akan hilang,” katanya.



so, kepada pengundi2 di Merlimau, sokongla Islam....