Followers
Saturday, January 2, 2010
Ciri-ciri pemimpin sejati
Sambil menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu, Baginda bersabda: ''Tidak, Abu Dzar, engkau orang lemah. Ketahuilah, jawatan itu amanah. Ia kelak di hari kiamat merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mendapatkannya dengan betul dan melaksanakan tugas serta kewajipannya dengan betul pula.''
Imam Nawawi menyebut hadis di atas merupakan pedoman dasar dalam berpolitik. Politik mampu menjadi sumber petaka bagi orang yang tidak bertanggungjawab.
Namun kata Nawawi, politik juga boleh menjadi ladang pengabdian dan amal soleh yang subur bagi orang yang mampu dan bertanggungjawab. Politik (kekuasaan) bukan sesuatu yang buruk. Ia ibarat pisau bermata dua; ada baik dan buruknya.
Ia menjadi baik dengan tiga syarat - seperti dalam hadis di atas - iaitu berada di tangan orang yang berkemampuan, diperolehi dengan cara yang betul dan dipergunakan untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
Malangnya, dalam percaturan politik kini, orang kerap hanya bercakap satu perkara, iaitu bagaimana merebut kekuasaan. Bukan bagaimana mempergunakan kekuasaan itu serta melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan lebih daripada itu kepada Allah SWT.
Sesiapa pun tidak dapat menafikan bahawa kuasa sememangnya sesuatu yang menggiurkan kerana dengan kuasa, individu berkenaan membayangkan dia boleh mencapai apa juga impiannya. Menurut Imam Ghazali, dibandingkan dengan harta, kuasa jauh lebih menggoda.
Ia berasaskan kepada tiga alasan iaitu, pertama, kuasa mampu menjadi alat untuk memperbanyakkan harta. Dengan kuasa, seseorang boleh mengayakan dirinya.
Keduanya, pengaruh kekuasaan lebih kuat dan lebih lama. Harta, kata Imam Ghazali, boleh hilang kerana dicuri atau berkurangan.
Namun itu tidak berlaku kepada kekuasaan kerana ia bererti pengaruh seseorang pemimpin di kalangan pengikut dan penyokongnya. Ketiga, kekuasaan menimbulkan kesan populariti yang sangat luas.
Bagaimanapun apa yang harus difahami menjadi pemimpin tidak hanya menerima amanah rakyat, tetapi juga menerima amanah Allah. Pemimpin adalah 'hamba' kepada rakyat. Pemimpin yang mengkhianati dan menodai hak rakyatnya, bererti menggugat dan mengabaikan amanah Allah.
Hakikatnya, menjadi pemimpin bukan mencari kekayaan, tetapi pengabdian. Menjadi pemimpin bererti melaksanakan ibadah yang paling berat untuk melunaskan amanah rakyat dan Allah.
Seorang pemimpin yang baik sentiasa membersihkan batinnya kerana dia sedar niat yang tidak baik boleh menjadikan kekuasaan yang dimiliki sebagai sesuatu yang boleh dijual beli.
Akibatnya, dia mungkin akan tergoda untuk menipu dan membohongi rakyat. Rasulullah bersabda: ''Tiada seorang hamba yang diberi amanah Allah untuk memimpin rakyat kemudian menipu mereka, melainkan Allah mengharamkan syurga baginya.''
Apabila masyarakat lebih mementingkan kebendaan sehingga segalanya harus dibayar dan kemuliaan seseorang hanya diukur oleh berapa banyak harta yang dimilikinya, maka godaan yang paling besar bagi para pemimpin, birokrat dan mereka yang berada dalam lingkaran kekuasaan ialah harta.
Para pemimpin atau wakil rakyat yang lemah imannya, nescaya akan mudah terperangkap dalam penjara hawa nafsu yang dibungkus dengan kata-kata indah, iaitu korupsi, kolusi dan nepotisme.
Oleh itu seorang pemimpin tidak harus terpengaruh dengan kekuasaan yang dimiliki, sebaliknya berusaha menjadi pemimpin yang dihormati dan melaksanakan amanah dengan sebaik-baik.
Dalam soal ini apa yang dilakukan ialah Khalifah Umar Al Khattab seperti mana yang dipaparkan dalam cerita berikut boleh dijadikan teladan.
Satu hari, selepas selesai mengimamkan solat Asar, Khalifah Umar bertanyakan mengenai seorang sahabatnya yang tidak datang.
Dia diberitahu bahawa sahabat tersebut sedang sakit. Umar segera meluangkan masa menziarah sahabatnya itu.
Sampai di rumah sahabat yang sakit tersebut, Umar mengetuk pintu memberi salam. Dari dalam sahabat berkenaan menjawab salam dan bertanya: ''Siapa di luar?'' Umar menjawab: "Umar bin Khattab." Mendengar yang datang adalah Amirul Mukminin, sahabat tersebut terus bangun dan segera membuka pintu.
Melihat keadaan sahabatnya itu, Umar bertanya: ''Kenapa engkau tidak bersolat berjemaah bersama kami? Sedangkan Allah telah memanggilmu dari langit yang ketujuh, tetapi engkau tidak menyambutnya! Sedangkan panggilan Umar bin Khattab membuatkan kau gelisah dan ketakutan?"
Hikmah di sebalik peristiwa ini ialah, pertama, seorang pemimpin yang baik bukan semata-mata berasa cukup dengan kesolehan dan ketakwaan dirinya, tetapi dia juga berasa bertanggungjawab untuk mengajak mereka di bawah tanggung jawabnya untuk menjadi soleh.
Kedua, pemimpin yang soleh tidak akan pernah berasa bangga dengan penghormatan yang diberikan oleh orang bawahannya. Dia tidak mahu mereka hanya mengikut apa sahaja katanya biar pun apa yang dilakukan adalah salah.
Jika itu berlaku maka terjadilah apa yang disumpahkan Allah dalam surat Al-Ashr bahawa mereka semua akan berada dalam kerugian. Itulah sebabnya ketika seorang sahabat melarang sahabat lainnya kerana terlalu sering menegur Khalifah Umar dengan ucapannya: ''Takutlah kepada Allah, hai Umar''. Ternyata teguran itu justeru disokong Umar sendiri. Umar berkata: ''Biarkan dia mengatakannya. Kalau orang-orang ini tidak menegurku sedemikian, maka mereka menjadi tidak berguna dan jika aku tidak mendengarkannya, maka aku bersalah.''
Oleh itu kepada mereka yang bergelar pemimpin dan keluarga mereka sedarilah tanggungjawab yang ada di bahu mereka. Janganlah ingat apabila kita berkuasa dan berpengaruh kita boleh melakukan apa sahaja.
Janganlah memperdayakan rakyat dengan mainan politik kita kerana akhirnya kebenaran pasti akan mengatasi kebatilan. Mungkin demi kepentingan politik dan berebut kekuasaan, kita rela melakukan apa sahaja tetapi percayalah hasrat untuk berkuasa dengan menggunakan kepalsuan sebagai senjata tidak akan bertahan lama.
Akhirnya, pemimpin seumpama itu pasti akan kecundang, kesudahannya dia bukan sahaja akan mengalami kerugian di dunia tetapi juga akhirat.
Begitulah juga dengan keluarga mereka, janganlah kerana ada ahli keluarga kita pemimpin yang berkuasa, kita berasaskan boleh melakukan apa sahaja.
Ingatlah seseorang pemimpin itu berada di tampuk kekuasaan berikutan sokongan rakyat dan sokongan tersebut diberikan demi kesejahteraan mereka bukan untuk diri pemimpin atau keluarga pemimpin berkenaan.
Rasulullah SAW bersabda: ''Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Dan, seburuk-buruknya pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu, dan kamu melaknat mereka dan mereka pun melaknat kamu.''
Semuanya bermula dengan niat.
Friday, January 1, 2010
SAWADIKHAP...PAHAI...PHAI...NASIBLAH KAU PHAI...BERSEPAI...MALAYSIA...BUKAN THAIIII !!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) hari ini membuat laporan polis terhadap pakar patalogi Thailand, Pornthip Rojanasunand bersabit hasil bedah siasat kedua Teoh Beng Hock.
SPRM mendakwa Porthip membocorkan hasil laporannya dengan mendakwa mendiang mati di bunuh.
Suara Keadilan, akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat memetik sumber-sumber sebagai berkata pakar Thailand itu menjumpai bukti forensik mencukupi untuk menguatkan rumusan awalnya bahawa Beng Hock adalah mangsa jenayah.
Laporan di Balai Polis Shah Alam dibuat oleh pegawai SPRM Raub Ghani pagi tadi.
Raub mendakwa Dr Pornthip membocorkan maklumat hasil siasatan forensik beliau kepada pihak yang tidak sepatutnya dan perbuatan itu menghina proses mahkamah kerana inkues kematian Beng Hock masih berjalan.
Raub enggan diwawancara oleh media namun berkata beliau membuat laporan polis itu atas arahan pegawai atasan SPRM.
Sebelum ini Pornthip hadir memberi keterangan pada inkues Beng Hock. Beliau menyatakan ada kemungkinan hingga 80 peratus mendiang mangsa jenayah malah didera sebelum mati.
Koroner Inkues kemudian mengarahkan mayat Beng Hock digali semula bagi membolehkan satu lagi bedah siasat diadakan dengan dihadiri Porthip dan pakar bedah siasat lantikan SPRM.
Bedah siasat kedua itu diadakan pada 22 November dan Porthip dikatakan telah menyerah hasil laporannya kepada pihak berkenaan.
Beng Hock, setiausaha politik kepada EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah dijumpai mati Julai lalu di perkarangan pejabat SPRM Selangor setelah disoal siasat sepanjang malam hingga subuh.
Inkues kematian Beng Hock akan bersambung pada Khaimis depan selepas dua kali ditangguh.
Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Beng Hock mati dibunuh.
TAHNIAH BN..RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN..

Tanggal 1 Januari 2010, 1 perkara yg amat menakjubkan telah berlaku dengan bermotokan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Kenapa saya berkata begitu? GULA NAIK 20 SEN!!! Bagi yg kaya 20 sentu mungkin tiada masalah tapi macamna dengan rakyat yg susah. Rakyat yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang nak letak dimana wahai BN? Alasan Bn kenaikan gula mentah sedunia. Amat tidak relevan dengan slogan 1 Malaysia. Takkan lah tiada jalan layan lagi? Komisen Kapal Selam boleh pulak!
Saya yakin dengan kenaikan harga gula barang2 yg berasaskan gula akan naik mendadak. Teh tarik akan naik, kuih muih akan naik, roti dan segala2nya akan naik termasuk juga yang memang dah termaktub BN (BARANG NAIK). Bagi penyokong2 Bn terimalah dgn lapang dada atas kenaikan ini dan bersyukurlah kerana anda telah memilih Bn. Bagi yang masih atas pagar tinggalkanlah terus Bnni. Percayalah 1 Malaysia, ini baru permulaan di 1 Januari 2010. Selepas ini? Kita tunggu dan lihat. Tapi kalau dah semua nanti naik adakah moto RAKYAT DIDAHULUKAN tu relevan lagi. Saya cadangkan macam kata2 DSAI ( YANG KAYA BERTAMBAH KAYA YANG MISKIN PAPA KEDANA).............wallahuaklam
BERITA PELIK AWAL TAHUN 2010
KUALA LUMPUR: Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Megat Firdouz Megat Junid hari ini membantah kenaikan harga gula yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam.
Megat dalam satu kenyataan media merasakan perkara ini tidak patut berlaku walaupun kenaikan sekadar 20 sen ia tetap memberi impak negatif serta kesengsaraan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana.
"Di saat dunia menjangkakan ekonomi akan beransur pulih, rakyat dikejutkan dengan kenaikan mendadak ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, Pemuda Umno berharap kenaikan harga gula dapat dibatalkan atau ditangguhkan demi menghayati konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan. seterusnya
ADAB MENDENGAR AZAN
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika mautmenghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan, kita diajarkan agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah" yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan memohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah' semasa sakaratul maut menghampiri kami, Amin, Amin, Amin Yarobbal'alamin'.
Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran kita. Subhanallah...
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah sahaja yang patut disembah, dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah'.
Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Keagungan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belumpun laungan azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta, India dan terus ke Srinagar dibarat India.
Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit, jadi dalam jangka masa ini, azan akan berkumandangdiseluruh Pakistan. Belumpun berakhir di Pakistan, azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara yang teramat kuat, akan bergegar satu dunia dengan laungan azan tidak putus-putus.
Allahu Akbar!

