Siapa yang tidak tahu untuk apa dia perlu MATI maka dia tidak layak untuk HIDUP !!

Laman Web Rasmi Parti

Laman Web Rasmi Parti
Sila klik Gambar

Followers

Friday, February 18, 2011

PANAS!!! Islam tertindas di Melaka, tak boleh pakai tudung




Islam semakin tertindas nampaknya di bumi Hang Tuah, Melaka Bandaraya Bersejarah. Laman web Malaysiawaves 12 Nov 2010 menceritakan Mahkota Hospital Melaka Tidak Izin Pekerja Wanita Pakai Tudung.


Sebelum ini pun pada bulan April 2010 dalam Utusan Malaysia keluhan seorang wanita Melayu Islam mengadu sukar untuk bekerja di Bandaraya Bersejarah kerana isu tudung. Kenapa Islam begitu HINA di BUMI MELAKA ? KENAPA ?


Apa ke tidaknya Bangunan dan TANAH Majlis Agama Islam Melaka pun dah TERJUAL bukan DIJUAL pada BC Lim Enterprise menurut laporan Ketua Audit Negara 2009 yang dilaporkan pada pautan berikuthttp://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html

Mana pergi keturunan Hang Tuah di Melaka ? Apa kamu semua DAYUS ? Bangsat sangatkah orang Melayu di Melaka ? - sumber



***********************
Friday, November 12, 2010
Mahkota Hospital Melaka Tidak Izin Pekerja Wanita Pakai Tudung


Dalam negeri yang dikuasai sepenuhnya UMNO ini, hospital Mahkota Melaka telah tidak mengizinkan pekerja wanita mereka memakai tudung. Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya betapa pekerja2 wanita ini memakai ID yang ada gambar mereka memakai tudung, tapi di depan saya mereka membuka tudung.


Rupanya, ia adalah arahan rasmi dari pentadbiran Hospital Mahkota Melaka.


Ikutilah rakaman perbualan Tulang Besi dengan salah seorang dari pekerja Mahkota Hospital dengan klik di bawah:


Sumber artikel


SUKARNYA MENDAPAT KERJA HANYA KERANA MEMAKAI TUDUNG
Utusan Malaysia 20 Apr 2010


SAYA merupakan pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Saya menetap di luar bandar dan perawakan saya ialah seorang gadis bertudung sesuai dengan identiti saya sebagai seorang Muslimah.


Sementara menunggu peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya, saya mengambil kesempatan menggunakan masa yang terluang untuk bekerja.


Harapan saya agar pendapatan yang diperoleh nanti dapat menampung sedikit sebanyak keperluan saya, terutama untuk memulakan pengajian nanti.


Saya memulakan langkah mencari pekerjaan di sebuah hotel yang terletak di Bandaraya Bersejarah selepas terbaca iklan mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan. Saya memohon untuk bekerja di bahagian pembersihan (house keeping).


Penemuduga itu bersedia menerima saya sekiranya saya bersedia untuk tidak memakai tudung.


Penemuduga juga memberitahu ia adalah syarat 'normal' untuk bekerja di hotel. Mungkin salah saya kerana tidak mengetahui akan syarat itu kerana kehidupan saya yang tidak terdedah dengan suasana di hotel.


Mungkin juga tidak keterlaluan jika dikatakan itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di hotel. Namun jauh di sudut hati saya terselit rasa kesal kerana saya tidak berupaya menerima pekerjaan tersebut kerana syarat 'normal' itu.


Selepas itu saya turut memohon pekerjaan di sebuah pusat membeli-belah yang baru dibuka.


Banyak kedai yang menawarkan jawatan kosong sebagai pembantu kedai. Tetapi apabila ditanya majikan turut meletakkan syarat 'normal' itu untuk saya diterima bekerja. Malahan kedai yang menjual barang permainan untuk kanak-kanak turut meletakkan syarat tersebut.


Saya berasa begitu tersinggung dengan keadaan ini. Saya tidak faham. Islam ialah agama rasmi negara tetapi sensitiviti berhubung agama ini diabaikan.


Sememangnya bukan salah mereka meletakkan syarat 'normal' itu. Tetapi adakah menjadi kesalahan saya berpenampilan sewajarnya yang ditetapkan oleh agama saya?


Mungkin penampilan saya yang bertudung tidak menarik perhatian untuk pelanggan berkunjung ke kedai mereka atau menjejaskan imej mereka yang sering menjadi tumpuan pelancong asing.


Mungkin juga isu yang cuba saya ketengahkan ini kelihatan remeh kepada sesetengah pihak, namun jujur saya katakan, ia agak berat untuk gadis bertudung seperti saya.


Bagaimana nasib sesetengah gadis bertudung yang begitu terdesak memerlukan pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka? Adakah kami harus mengorbankan identiti diri demi mencari rezeki di zaman moden ini?


HYENA
Negeri Sembilan



***************
TUDUNG: BUKAN ISLAM TAK SALAH
Utusan Malaysia 23 April 2010


SAYA amat tertarik dengan tulisan Hyena dari Negeri Sembilan yang mempertahankan syariat Islam bertudung daripada 'digadai ganti' oleh tawaran pekerjaan.


Dalam tulisannya di ruangan ini 20 April lalu, beliau meluahkan kesedihan betapa sukarnya mendapat pekerjaan hanya kerana beliau bertudung.


Beginilah di akhir zaman apabila kedudukan umat Islam cukup lemah, sehinggakan amalan wajib yang kita amalkan sudah berani 'ditawar menawar' oleh pihak-pihak lain atas alasan mencari pekerjaan.


Jika kita lihat daripada sudut liberalisasi hak, pihak majikan tersebut menganggap ini suatu lumrah atau 'normal', sedangkan daripada segi hukum dan hak umat Islam ia adalah satu bentuk diskriminasi dan penghinaan terhadap amalan syariat.


Saya berpendapat hal ini tidak boleh disalahkan seratus peratus kepada pihak bukan Islam atas beberapa sebab. Antaranya:


Lihatlah gelagat dan pemakaian umat Islam sendiri, terutamanya wanita-wanita Melayu sekarang. Pemakaian rata-rata wanita Melayu sekarang tidak lagi menggambarkan ciri-ciri menutup aurat dengan sempurna. Memakai tudung tetapi mengenakan seluar dan baju yang ketat, menampakkan belakang dan depan, menonjolkan bentuk tubuh badan yang lebih bersifat 'penggoda'.


Apabila pemakaian begini diamalkan oleh perempuan Melayu, golongan bukan Islam tidak memandang mulia dan melihat perbezaan aurat bertudung atau tidak.


Sebaliknya ia sama sahaja untuk menonjolkan kebolehan mengeksploitasi wajah dan tubuh badan wanita-wanita separa seksi ini bagi promosi perniagaan.


Selain itu amalan diskriminasi terhadap wanita bertudung juga disebabkan ada ramai wanita Muslim lain sanggup menerima peraturan membuka tudung atau melakukan perkara melanggar syarak lain untuk majikan bukan Islam tersebut. Jadi, majikan bukan Islam secara mudah membuat justifikasi perkara aurat ini hal remeh dan tidak penting.


DARIPADA SUDUT UNDANG-UNDANG PEKERJAAN DI NEGARA INI TIDAK JELAS SAMA ADA UNDANG-UNDANG KHUSUS MEMBELA DAN MEMPERTAHANKAN HAK-HAK PEKERJA MUSLIM, terutama di sektor swasta seperti hak bersolat, makanan halal di tempat kerja, menutup aurat bagi lelaki dan wanita serta tahap sosial persekitaran di tempat kerja yang dibenarkan oleh syariat Islam.


Sebagai contoh, jika majikan meletakkan seorang wanita dan seorang lelaki di dalam sebuah bilik tertutup, bagaimana undang-undang tersebut boleh membela hak pekerja Islam jika ia menolak tugasan tersebut.


OLEH ITU, PIHAK BERWAJIB MELALUI BANTUAN JAKIM BOLEH MEWUJUDKAN SOP (STANDARD OPERATING PROSEDURES) UNTUK DIGUNA PAKAI OLEH MAJIKAN BUKAN ISLAM KEPADA PEKERJA MUSLIM SUPAYA SELARAS DENGAN KEHENDAK ISLAM.


Perkembangan diskriminasi terhadap pekerja Muslim ini adalah rentetan daripada kelemahan umat Islam sendiri. Jika kita lihat budaya hidup umat Islam kini, terutama di Malaysia tidak ada banyak beza dengan bukan Islam.


Lelaki dan wanita Islam kini tidak lagi serius menjaga budaya dan amalan Islam, bermula daripada unit keluarga sehinggalah kepada skala masyarakat dan negara.


Bergaul bebas lelaki dan perempuan sejak di usia sekolah lagi telah menjadi amalan biasa pada hari ini sehingga telah membiasakan masyarakat kita dengan seks bebas, akhirnya terbuanglah bayi-bayi tidak berdosa oleh manusia penzina lagi pembunuh ini.


Akibat ini juga, umat Islam dipandang jijik, lemah dan rendah oleh bukan Islam sama ada di Malaysia ataupun di mana sahaja, sudahlah lemah di dalam semua bidang keutamaan dunia, seperti penguasaan perniagaan, pencetus teknologi dan pembuatan, malah terjebak pula dengan perkara luar kemanusiaan dan kepelbagaian jenayah.


Oleh itu, diskriminasi yang berlaku pada pekerja Islam ini harus dipandang pada skop yang lebih luas, iaitu ia berpunca daripada sikap kita umat Islam sendiri yang lemah dan tidak kukuh pada ibadah dan budaya hidup Islam seperti yang dimajukan oleh sunnah melalui kitab al-Quran.


Rasulullah SAW juga telah meramalkan akan keadaan ini dan ia sudah semakin nyata, seperti yang sebuah hadis diriwayatkan oleh Thauban r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, yang bermaksud setelah ditanya oleh para sahabat,


"Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" Sabda Baginda SAW: "Tidak, Bahkan mereka pada masa itu lebih ramai, tetapi ibarat buih di laut yang menjadi tidak berguna lagi tidak digeruni."


Semoga kita mengambil iktibar dan tidak merebak menjadi parah.


Muhammad Azwan
Nibong Tebal, Pulau Pinang

BUKTIKAN BILA TOK GURU FITNAH UMNO KAFIR ???




NONE
"Apa bukti saya mengkafirkan orang UMNO?" tanya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap dirinya seperti disiarkan oleh akhbar hari ini. Menteri Besar Kelantan itu berkata, kewajipan beliau sebagai seorang Islam ialah untuk memberi tazkirah iaitu mengingatkan mereka tentang masa depan dan tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai angkuh. Menurutnya, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah ditegur oleh malaikat kerana menegur seorang makmum menggunakan kayu sugi ketika memintanya membetulkan saf dalam solat.

"Nabi Muhammad kena tegur dek malaikat, inikan manusia biasa. Macam Mahathir ini apa kelebihan dianya, tak boleh tegur melenting selalu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyatakan tujuan hidup Mursyidul Am Pas itu hanya untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dr. Mahathir berkata, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya. Mengulas lanjut, Mursyidul Am Pas itu berkata, orang yang angkuh ialah mereka yang melawan Islam sebagaimana disebut dalam al-Quran.

Ditanya kemungkinan kenyataan bekas Perdana Menteri itu turut merujuk kenyataannya semasa pilihan raya kecil Tenang baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menegaskan:

"Sokong Pas ertinya sokong Islam. Dia dua episod, pertama, sebelum Nabi Muhammad mari, itu kita panggil jahiliah.


"Yang kedua, selepas Nabi Muhammad mari. Bila Nabi Muhammad mari, pakat tak sokong juga, jadi serupa jahiliah.


"(Maksudnya, tidak menyokong perjuangan Islam itu) jahiliah. Ertinya tak berganjak. Nabi Muhammad datang ke dunia ini bawa era baru, kita panggil era Islam. Haram judi, rasuah, zina dan sebagainya. Sampai keluar lesen judi haram tu tak jahiliah lagi. Sebut jahiliah kena marah, hakikatnya jahiliah."

Menurut Nik Abdul Aziz, kenyataan Dr. Mahathir itu hanya menunjukkan beliau seorang yang tidak boleh ditegur dan akan melenting apabila ditegur.


Ditanya adakah semua kenyataan bekas Perdana Menteri itu mengenai dirinya tidak betul, Nik Abdul Aziz berkata: " Tak. Dia sebut saya angkuh, saya mana angkuh, angkuh ini makna sombong, tak terima hok orang lain."


Mengenai kenyataan Dr. Mahathir beliau menggunakan agama untuk politik, Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, Nabi Muhammad turut menggunakan agama.

"Nabi Muhammad guna apa kalau tak guna agama. Apa yang dia marah saya, marah Nabi Muhammad lah. Nabi Muhammad guna agama.


"Boleh jadi dia marah ini kerana dia fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu je yang agamanya, sedangkan agama ni menyeluruh, sempurna. Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ni," katanya.


Ditanya hubungan Pas dengan DAP yang turut dibangkitkan oleh Dr. Mahathir, Nik Abdul Aziz menjelaskan, hubungan tersebut membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP kerana perkara itu gagal dilakukan oleh UMNO.


Beliau berkata, hasil hubungan akrab tersebut, serangan DAP terhadap Islam telah bertukar.

"Harapkan UMNO nak ajak Islam lagu mana, dia sendiri tolak Islam. UMNO tolak Islam, nak dia perkenal Islam pada MCA dan DAP macam mana.


"Satu rahmat Cina Malaysia ini kerana Pas bersama DAP. Serangan DAP kepada Islam Alhamdulillah sekarang ini bertukar daripada langkah mayat kepada boleh berunding, Alhamdulillah kejayaan. Mana UMNO boleh buat," ujarnya.

Jelasnya, perjuangan Pas masih di landasan betul dan semua pertikaian yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu adalah perkara lumrah kerana Nabi Muhammad turut dipertikaikan sehingga baginda wafat.


Mengenai desakan pihak tertentu supaya Pas menggugurkan slogan 'Membangun Bersama Islam' berikutan kewujudan aktiviti maksiat seperti pelacuran dan judi di negeri ini, Menteri Besar itu berkata, ia berlaku disebabkan tiada takwa kepada Allah SWT dalam diri individu terbabit dan ia melibatkan bukan rakyat negeri ini.


"Slogan ini boleh diubah-ubah, kami Pas ini slogan itu bertahun-tahun ada, Kerajaan Pusat tiap tahun ubah nama.


"Boleh ubah daripada slogan Membangun Bersama Islam ke slogan Bersama Allah, Bersama Nabi Muhammad, Bersama Syurga Neraka ke, boleh ubah tak ada apa. Slogan itu boleh dibuat. Yang penting dasar perjuanga
n," katanya.

Sunday, December 5, 2010

Mai tengok pula kenapa Songkok Tiga Jengkal Umno nampak baru tapi bau busuk




PUTRAJAYA, 5 Dis. : Ini fakta menunjukkan tembelang puak-puak yang menyanjung ketuanan melayu tetapi hakikatnya depalah yang membuang kuasa Raja-Raja Melayu. Depalah Si Kitol yang bermuka-muka di hadapan Raja, kononnya mereka mempertahankan institusi Raja-Raja.

1. Kelantan:
Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob, MB Kelantan, pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke KL apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan. Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan.

Annuar Musa ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak, telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap saya sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru. Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan untuk menggantikan Sultan Ismail Petra hanya kerana baginda (Sultan Ismail Petra) tidak sehaluan dengan Umno.

Mahathir pula cuba memalukan Tuanku dengan penyiaran berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablo dari simpanan kastam. Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu

2. Negeri Sembilan:
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau. Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.

Selangor:
MB Selangor, Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan “kisah” beliau dengan Puteri Tuanku (Ku Yah).

Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang perkara berkaitan dengan MBnya ketika itu, Tuanku menjawab “Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam” Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda pada Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu.

3. Pahang:
Walaupun Tuanku diketahui ramai adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Mahathir.

Baginda digambarkan sebagai seorang Sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau & membazir kerana Baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu. Disiarkan juga pada seluruh rakyat kapalterbang baginda itu.

4. Perak:
Sultan Azlan Shah, Sultan yang tercerdik & terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan Baginda. Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.

Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku. Akhirnya Tuanku mengaku kalah tunduk pada Mahathir.

(Apakah cara jahat itu.... hehehe... ISA nama gua...)

5. Johor:
Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno. Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai Sultan yang dimalukan Mahathir.

Pelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Umno yang diketuai oleh Mahathir tentang Baginda. Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku, Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan.

Berita itu disensasikan sebegitu rupa. Memang ia satu kesalahan tetapi jika tidak kerana krisis imuniti raja-raja ketika itu, adakah kisah itu akan disebarkan? atau sekadar didiamkan seperti kisah Prebet Adam?

Kerana tekanan Umno jugalah maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan.

6. Terengganu:
Almarhum Tuanku Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali. Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa Sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai Sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah. Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan, kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.

Begitulah antara beberapa kisah dan senarai penderhakaan Umno kepada raja-raja Melayu. Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja, ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan Sultan.

Hanya Kelantan dibawah kekuasaan PAS satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu walaupun Umno yang menguasai negeri-negeri lain ketika itu mengaku bahawa dialah juara dalam mempertahankan bangsa melayu.

Demi untuk mencapai maksud itu, maka Mahathir telah menggunakan segala ugutan-ugutan yang saya nyatakan diatas kepada raja-raja melayu. - petikan dari Blog PemudaSarawak.


Bila dah tak boleh berbahas isu ketuanan Melayu, dah rasa kalah, dah rasa tak boleh pi, dah kena atas batang hidung Umno sendiri.

Dah tak tahan dok kena, maka larilah menyorok di belakang punggong ISA

Tuesday, November 23, 2010

Rahsia Dan Hikmah Diwajibkan Solat




Firman Allah SWT : "Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31)

Terdapat lebih 25 tempat ayat "agama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat di dalam Al-Quran. Selain itu, lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam Al-Quran.

Antaranya, firman yang bermaksud:

"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " (An-Nisa':103)

Setiap individu Muslimin dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seharusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan membimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun.
Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya.

Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampirkan diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.

" Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14)


Solat adalah tanda kesyukuran.

Muslimin atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya.
Ibadat solat menghapuskan dosa.

Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis bermaksud:

"Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

Solat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.

"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Ankabut:45)

Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup.

Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!

"Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (Al-Mukminun: 1-2)

Solat dapat menenteramkan jiwa.

Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekaligus menjadikan kehidupannya lebih ceria.
Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (Al-Ma'arij:19-23)

Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi Baginda adalah amalan penyejuk hati. Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya.