Siapa yang tidak tahu untuk apa dia perlu MATI maka dia tidak layak untuk HIDUP !!

Laman Web Rasmi Parti

Laman Web Rasmi Parti
Sila klik Gambar

Followers

Wednesday, March 16, 2011

KENAPA PULAK KENA SOKONG PAS???



1. ISLAM sebagai dasar perjuangan.

Seperti yang termaktub dlam Perlembagaan PAS Fasal 3. Dasar PAS ialah Islam .Hujah ini diperkuatkan lagi melalui muqaddimah Perlembagaan PAS:


"Bahawa sesungguhnya adalah diistiharkan demi untuk menyempurnakantakwa kepada Allahdengan kebaktian sesama manusia yang dijadikan dengan menegakkan al-ma'ruf bil ma'ruf wa al al-nahyu'anil munkar dalam kehidupan masyarakat dan bernegara yang dinamakan Parti Islam Semalaysia.
Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap(syumul)merangkumi semua perkara sama ibadah,politik ,ekonomi,akhlak.Dalam ertikata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati.PAS mahu memperjuangkan Din wa daulah(agama dalam negara)
Justeru itu perbezaan UMNO dan PAS bukan perkara solat,puasa,zakat dan haji.Tetapi perbezaannya UMNO mengamalkan Islam yang sempit. Islam pada perkara yang berhubung dengan sembahyang,puasa dan zakat.Sedangkan penghayatan Islam Islam oleh PAS luas meentasi daripada gabungan denganAllah hatta dengan manusia.Islam yang diperjuangkan oleh PAS mengajar supaya semua perkara yang diamalkan di dunia akan dihitung di hadapan Allah SWT justeru itu tidak ada pemisahan hidup dengan akhirat.


2. PAS dipelopori oleh gerakan ulama'

3. Pas mementingkan dakwah dan tarbiyah.Ia bukan semata-mata parti poliitk bergerak di musim pilihanraya sahaja.

4. PAS mampu untuk memerintah dan membawa kemajuan.Kepimpinan PAS di Kelantan dan Kedah sudah teruji.

5. Kepimpinan yang mengabungkan ulama' profesional dan aktivis.

6. PAS memperjuangkan perpaduan berteraskan Islam,bukan perkauman.

7. PAS sesuai dalam masyarakat majmuk. Buktinya dalam peristiwa 13 Mei 1969,tidak ada pertumpahan darah di Kelantan walaupun orang bukan Melayu minoroti.




8. PAS memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan.

9. PAS memperjuangkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

10.Memimpi sebagai satu amanah ,bukan kebanggaan.

11. PAS mementingkan kebajikan kepada rakyat supaya kekayaa hasil bumi diagih kepada rakyat yang memerlukannya .

12. PAS ,mengambil berat kepada pembentukan akhlak kerana ia merupakan kekuatan tamadun sebuah negara.

13. PAS berusaha mendidik rakyat celik ilmu dan tidak buta agama.

14. Perjuangan PAS menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

KENAPA X LEH SOKONG UMNO

1. Umno tidak menjadikan Islam sebagai dasar,akhirnya banyak perkara yang dilaksanakan semasa berkuasa bertentangan dengan Islam.

2. Dasar UMNO yang pragmatis(ikut suasana) mana yang lebih untung ia akan ikut.

3. Islam hanya kuda tungangan UMNO terutama di kawasan yang kuat agama contohnya Tan Sri Muhidin Yasin mengatakan undi BN juga masuk syurga ketika kempen di Manek Urai.

4. Akhlak pemimpin yang terlibat dengan skandal yang mengaibkan seperti yang berlaku kepada ahli parlimen Gombak,ahli parlimen Ampang dan Ketua waita UMNO Kelang.

5. Matlamat masuk UMNO ialah untuk mengumpul kekayaan bukan untuk membela agama dan rakyat.

6. UMNO tidak membela agama.Isu murtad UMNO diam membisu

7. Orang agama UMNO hanya hanya kupang tembaga.Peranan golongan agama hanya untuk menjadi peluru melawan PAS,baca doa,tahlil dan marhaban.

8. Dasar UMNO putera bukan bumiputera akhirnya menindas sesama bangsa kerana berlainan idelogi.

9. Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsadan seagama di Kelantan sebagai satu contoh yang ketara.

10.Khianat bahasa sendiri.UMNO sudah membunuh bahasa sendiri sebagai bahasa ilmu ketika memperkenalkan Matematik dan Sains dalam bahasa inggeris pada tahun 2003

11.Politik khianat bangsa.Yang penting ialah kuasa,contohnya persempadanan semula dalam pilihanraya 2004 di Negeri Kelantan, Terengganu kerusi tidak bertambah.

12.UMNO mengajar rakyat rasuah dalam berpolitik ketika pemilihan dalam parti.

13.Tun Musa Hitam mengatakan UMNO dilanda penyakit 'ketuanan' ertinya UMNO sudah sampai umur nyanyuk

14.Tun Dr. Mahathir mengatakan UMNO sudah busuk sampai ke usus.




15.Kewujudan PERKASA menunjukkan UMNO gagal membela Melayu.

16.Merestui industri judi di negara ini.Tahun 2009 cukai judi RM 2.3 bilion.

17.Wang Felda susut sebanyak RM 2.73 b. (Tahun 2004 Felda ada wang tunai Rm 4.08b susut kepada RM 1.35b pada tahun 2009).Wang sebanyak itu dihabiskan untuk tanam semula RM 2 bilion.Bangunan Felda sebelah KLCC RM 622 juta dan basmi kemiskinan di Sabah RM 253 juta.

18.UMNO tidak bijak memerintah sehingga hutang negara sekarang sebanyak RM 326 bilion.

19.Membazir wang rakyat RM 77 juta setahun untuk upah kepada syarikat APCO Israel.Kalau wang ini dibuat rumah rakyat secara percuma yang bernilai RM 30 ribu dapat dibina sebanyak 2566 buah.

20.UMNO gagal mengatasi masalah rasuah, laporan audit 2008 menyatakan negara rugi akibat rasuah sebanyak RM 28 bilion setahun.

21.53 tahun merdeka masalah akhlak dan moral semakin parah.Anak haram tahun 2009,17,303.Setiap hari 48 orang, setiap jam 2 orang.Bermakna 34 orang penzina.

22.Membiarkan ketagihan arak di kalangan rakyat negara ini, belanja sehingga RM 1,7 bilion berada ditangga ke 10 tertinggi d dunia

Saturday, February 26, 2011

Kecam Yusuf Al Qardhawi : Najib Tidak Cerdik dan Penakot

TIMBALAN Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa begitu kesal dan terkilan dengan kenyataan Peradna Menteri, Najib Razak yang menuduh Dr Yusuf Al-Qardhawi dan gerakan Ikhwan Muslimin sebagai parti ekstremis dan terlibat dengan keganasan.

Najib dikatakan telah membuat kenyataan itu yang disiarkan dalam laman web National Review Online.

Sehubungan itu Nasharudin meminta Najib menarik balik tuduhan berkenaan yang dianggap sebagai kenyataan yang tidak cerdik.

Berikut disiarkan sepenuhnya kenyataan Nasharudin Mat Isa yang dikirimkan ke email saya baru sekejap tadi;

Merujuk dalam satu laporan berita yang disiarkan dalam laman web National Review Online, saya mendesak Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Razak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama’ terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Memetik ucapan yang dibuat olehnya di Istanbul baru-baru ini, beliau mendakwa bahawa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

Ikhwan Muslimin merupakan sebuah gerakan Islam yang sah di Mesir. Malah, mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihanraya di Mesir. Tambahan lagi, mereka sering melaungkan tema “Penglibatan dan Bukan Penguasaan” disamping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Mesir.

Walaubagaimanapun, hak dan nilai demokrasi mereka sebagai rakyat dan parti politik yang sah telah dicabul sehingga mereka terpaksa berdepan dengan ancaman, ugutan serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah Mesir.

Menyentuh mengenai kebangkitan rakyat di Mesir, Ikhwan Muslimin berpendapat bahawa segala kerosakan dan pencerobohan yang berlaku adalah disebabkan tindakan kumpulan-kumpulan samseng yang bersengkongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menindas kemahuan rakyat.

Malah Ikhwan Muslimin turut memberikan penghargaan kepada seluruh tentera Mesir yang berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan memelihara keamanan sepanjang tempoh revolusi yang berlaku.

Ini membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin tidak terlibat dengan sebarang bentuk provokasi dan strategi bagi melakukan keganasan dan kekacauan di Mesir.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia pula merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat terkenal seluruh dunia. Bahkan segala usaha-usaha yang dilakukan olehnya mendapat pengiktirafan serta penghormatan yang tinggi.Sempena majlis sambutan Ma’al Hijrah 1431/2009, Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah berkenan menyampaikan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam seluruhnya.

Malah, beliau selalu berkunjung ke Malaysia untuk menyampaikan ilmu serta bertemu dengan ramai individu, parti politik serta pihak-pihak tertentu. Ini membuktikan sifat beliau disenangi dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Kenyataan Perdana Menteri itu dilihat tidak cerdik. Saya berpendapat Najib harus menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi segera.

Jika tidak, beliau telah menunjukkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat dan takut untuk menzahirkan kebenaran.

Disediakan oleh
NASHARUDIN MAT ISA,
Timbalan PresidenParti Islam SeMalaysia

LU TOLONG GUA...GUA TOLONG LU...HAMPEH !!!

Sepertimana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'lu tolong gua, gua tolong lu', kali ini Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula memberitahu kumpulan yang mewakili orang Cina Melaka bahawa beliau hanya akan membincangkan tuntutan mereka jika BN memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

NONEBeliau memberitahu demikian kepada wakil Persatuan Pendidikan Cina
Progresif Melaka, Yang Ying Chong, sebelum beredar dari pusat penamaan calon bersama calon BN, Roslan Ahmad pagi tadi.

Sebelum itu, selepas penamaan calon pagi ini, Yang menyerahkan kepada ketua menteri tuntutan antaranya, sekolah vernakular, sekolah Cina bebas dan sekolah agama rakyat diberi faedah yang sama seperti sekolah kebangsaan, iaitu menerima subsidi, bantuan untuk pelajar dan sijil untuk melanjut pengajian di universiti awam dan perkhidmatan awam.

Mereka juga menuntut kerajaan mengembalikan kewarganegaraan aktivis mendiang Lim Lian Geok dan menerimanya sebagai sebagai patriotik negara.
NONESeorang guru diConfucian Chinese School dari 1935 hingga 1961,
kewarganegaraan Lim dan lesen mengajarnya dibatalkan pada 1961 kerana menentang Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961 yang mewajibkan semua sekolah menengah mengajar dalam Bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

Sementara itu, Mohd Ali menafikan yang beliau telah mengatakan bahawa kerajaan Melaka hanya akan membantu pelajar Melaka untuk pulang semula ke Mesir, jika calon BN menang.

DAHLAH B.D.H ,SOMBONG PULAK TU !


PAS: Ali Rustam sombong, usaha bodohkan pengundi Merlimau akan gagal


JASIN, 26 Feb — PAS menyifatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai “sombong” apabila mendakwa bahawa Malaysia akan menjadi macam Mesir, yang berhadapan dengan pergolakan politik, jika diberi kuasa untuk memerintah negara ini.

Menurut Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, kenyataan itu adalah satu tuduhan liar yang menunjukkan sikap sebenar Mohd Ali yang “sombong”.

“Kenyataan yang amat sombong dari seorang pemimpin Umno yang tidak faham erti demokrasi.

“Ia adalah satu tuduhan yang amat liar apabila kaitkan PAS dengan kekacauan di Mesir, Mesir berlaku kekecohan bukan kerana rakyat tapi adalah kerana campur tangan pihak berkuasa termasuk pemerintah,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini.

Semalam Mohd Ali berkata, Malaysia dijangka menerima nasib seperti Mesir yang dilanda rusuhan baru-baru ini jika PAS memerintah negara ini.

Beliau berkata, ini kerana parti tersebut gemar menggunakan pendekatan demonstrasi dalam menangani sesuatu isu yang bukan saja tidak membawa kebaikan kepada rakyat, malah turut memburukkan keadaan.
Kata Nasharudin, Mohd Ali sebagai seorang pemimpin Umno yang sudah lama terlibat dalam arena politik patut tahu maksud sebenar amalan demokrasi yang diamalkan.

“Patut beliau yang sudah lama menjadi pemimpin Umno patut faham erti demokrasi yang membolehkan mana-mana parti untuk melibatkan diri dalam pilihan raya.

“Bukan kerana rakyat tapi sistem yang diamalkan di Mesir, dan kita di sini telah terlibat dalam pilihan raya sejak dari dulu lagi... sudah banyak yang kita sertai,” katanya.

Jelas beliau, strategi Umno untuk memburukkan PAS sepanjang kempen pilihan raya berlangsung tidak akan mempengaruhi pengundi di Merlimau.

“Ini bukan kempen Umno tapi ia adalah sikap yang ditunjukkan pemimpin Umno terhadap Pakatan Rakyat dengan buat tuduhan liar untuk nafikan hak demokrasi.

“PAS sudah terlibat dalam pilihan raya sudah lama, rakyat tahu apa PAS dan mereka tahu kualiti yang ada pada PAS.

“Mereka (Barisan Nasional) boleh tuduh tapi usaha untuk memperbodohkan pengundi di Merlimau tidak akan berhasil,” kata Ahli Parlimen Bachok ini.

Walaupun Merlimau merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), beliau percaya PAS akan memberikan saingan yang hebat.

“Kita jangkakan satu pertandingan yang sengit dan tak mudah (untuk menang) tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh beri tentangan,” kata Nasharudin.

PAS meletakkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka Yuhaizat Abdullah sebagai calon manakala BN mempertaruhkan ahli jawatankuasa Umno Jasin Roslan Ahmad untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau.

Ini merupakan kali pertama kedua-dua calon bertanding dalam pilihan raya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

MEH BACA ..ANAK MERLIMAU MENULIS !

Assalamualaikum,

RENCANA tuan 'Nothing to loose by voting PAS in Merlimau' (Tidak rugi apa-apa jika mengundi PAS di Merlimau) sebelum ini sungguh menarik sebagai mukadimah semarak kempen pilihan raya kecil Merlimau.

Memang hasrat hati meronta-ronta bagaimana nak menyedarkan orang Melaka yang amat berkarat pemikiran mereka tentang politik. Ini berdasarkan pelbagai cara dan karenah yang telah orang-orang Umno lakukan terhadap mereka yang mempunyai kesedaran dan yang mula sedar. Memang banyak ceriteranya, cumanya tidak tahu kepada siapa dan bagaimana nak disampaikan mesej.

Nah, setelah membaca artikel berkenaan, baru tersingkap peluang. Sekurang-kurangnya dapat diperpanjangkan untuk menyedarkan orang Melayu Melaka tetutamnya orang Merlimau yang selama ni menjadi pak angguk, pak bodek dan pak pengecut. Kenapa saya kata begini, kerana baru hari Isnin lepas saya ada bertemu beberapa orang kawan yang mengajar sekolah menengah di Merlimau.
Mereka memberitahu pengetua telah membuat bancian dan mengambil nombor kad pengenalan guru-guru yang mengundi di kawasan Merlimau pada pilihan raya kecil yang akan datang. Ada antara guru-guru tersebut dah mula takut dan bertanyakan sama ada kerajaan khususnya Menteri Pelajaran (yang juga Timbalan Perdana Menteri) tahu apa yang mereka pangkah. Kerana sebelum ini dulu cakap berdegar-degar tidak akan berganjak tetap memilih dan memangkah Pakatan Rakyat. Sekarang takut dah mula menguasai guru-guru yang sebelum ini semangat berkobar-kobar menyokong terutamanya Anwar Ibrahim. Dijentik telinga sedikit dah menggelabah.

Saya memberitahu guru-guru berkenaan bahawa ini adalah suatu taktik untuk menakut-nakutkan guru-guru yang dilakukan oleh pengetua-pengetua sekolah sebab nak merebutkan ganjaran yang diisytiharkan oleh TPM Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran baru-baru ini, bahawa guru-guru besar dan pengetua-pengetua akan diberi ganjaran RM5,000 hingga RM6,000 sebagai menghargai kecemerlangan prestasi mereka. Inilah dia masanya untuk tunjukkan kezaliman dan kebodekan diri untuk mendapatkan ganjaran tersebut.

Tambahan pula sekarang harga barang-barang mahal sementara kehendak dan cita rasa tinggi. Kereta nak ditukar yang baru sebab guru-guru di bawah mereka memiliki kereta yang lebih hebat daripada mereka. Walau bagaimanapun, ganjaran yang diumumkan oleh Muhyiddin itu pun, adalah reaksi ketakutan dan kekhuatirannya dengan pengumuman Anwar yang akan memberikan bonus kenaikan gaji setiap bulan sebanyak RM500 kepada semua guru jika Pakatan memerintah. Kalau tidak, jangan nak mimpilah guru-guru.

Saya menjelaskan kepada guru kawan-kawan saya itu bahawa ini taktik menakutkan guru-guru sebab itu pengetua umumkan dan tunjukkan. Kenapa perlu jumpa guru-guru minta nak minta nombor kad pengenalan sedangkan di pejabat sekolah, apanya yang tak ada. Dokumen terperinci setiap guru-guru ada. Sebagai pengetua dan guru besar, dia boleh ambil pada bila-bila masa dan keadaan tanpa memberitahu guru-guru tersebut. Apa perlu beritahu.

Tuan ada menyentuh tentang Merlimau Inn. Di sini ada cerita yang besar yang boleh dijadikan isu membela rakyat dan membongkar penyelewengan. Pada suatu pagi, beberapa tahun lalu, saya didatangi seseorang. Dia bercerita dan memberitahu kesedihannya yang dirundung malang sebagai rakyat marhaen yang dipermain dan diperkotak-katikkan.

Menurut kawan ini, dia memberitahu, dia baru saja diingatkan oleh seorang tua yang anaknya ada hubungan rapat dengan pemimpin tinggi negeri dan orang kuat Yayasan Melaka. Ia berhubung dengan tanah di hujung Merlimau Inn. Tanah yang bersebelahan dengan Merlimau Inn ini, sebelum ini ia adalah tanah kawan ini.

Apabila rancangan untuk memperbesarkan bandar Merlimau, atas nama Akta Pengambilan Tanah yang kononnya tidak boleh tidak mesti jual dan serah bagi tujuan untuk membesarkan bandar Merlimau, kawan ini pun turut serta. Tanahnya yang bersebelahan Merlimau Inn dijualkannya. Semasa menandatangani surat jual beli itu, kawan tadi meminta kepada Pegawai Daerah yang bertanggungjawab semasa itu, bahawa selagi tanah itu belum dimajukan atau diterangai bagi tujuan membesarkan bandar Merlimau, dia meminta untuk mengambil hasil yang ada di tanah tersebut iaitu buah kelapa.




Menurut kawan tadi, pegawai daerah tersebut bersetuju. Lebih kurang setahun dia mengambil buah-buah kelapa tersebut, pada suatu pagi semasa dia mengutip buah kelapa, dia didatangi seorang tua dan orang tua itu bertanyakan apa yang dia buat di kebun tersebut. Kawan tersebut menyatakan, dia mengambil buah kelapa dan menceritakan kepada orang tua itu, bahawa dulu kebun ini adalah kepunyaannya dan pegawai daerah memberikan kebenaran untuk dia mengambil hasilnya selagi kawasan itu belum dibangunkan.

Orang tua tersebut mengingatkan kawan tersebut, mulai hari itu jangan ambil lagi buah-buah kelapa di kebun ini sebab tanah ini adalah kepunyaan anaknya dan anaknya sudah membelinya daripada Yayasan Melaka. Dan anaknya bercadang nak membina stesen minyak di tanah tersebut. Itulah sebabnya kawan ini tadi datang mengadu kepada saya. Saya menasihati untuk merujuk hal itu kepada peguam untuk mengetahui sama ada sudah berlaku penyelewengan atau penipuan. Kawan ini menyatakan tidak mampu untuk mengambil peguam. Saya cadangkan pula kepadanya untuk mendapatkan bantuan daripada parti politik yang saya rasa boleh membantu kerana parti politik ramai peguam yang sanggup membantu.

Jawapan kawan saya ini, dia tak hendak sebab dia adalah orang atau ahli Umno, nanti apa kata Umno pula. Di sini kita dapat lihat betapa seksanya seorang Umno. Dah ditipu terang-terangpun masih taat dan setia. Hang Tuah betullah orang Melaka ni!

Isu yang lain pula ialah betapa banyaknya hutang kerajaan negeri kepada kontraktor-kontraktor. Salah seorang kawan saya hampir RM400,000 tidak dibayar begitu sekian lama sehingga meminjam hendak beli barangan keperluan rumah. Cakap meninggi dengan pengisytiharan bandar raya antarabangsa. Hutang melambak tak terbayar. Pilihan raya ini menjadi kecutlah kontraktor-kontrakror tersebut. Agar semua hutang itu kira habis dan tak perlu dibayar, jangan-jangan kontraktor-kontraktor dipaksa memberi sumbangan wang kepada kerajaan yang selama ini membantu kontraktor dan apabila menang nanti akan diberi lebih banyak peluang. Ini semua tipuan dan penyelewengan dan salah guna kuasa. Sebab bukan semua ahli Umno dan ramai yang benar-benar buat kerja dan ada yang tidak menyebelahi mana-mana parti. Tapi bagi kontraktr apa nak kata, mengadu pada Pakatan nanti habis kena ‘terminate’ (ditamatkan kontrak). ‘Sabau’ aje la labu...





Isu nasional pula ialah berhubung dengan sekatan yang dikenakan kepada anak-anak dan penjamin pinjaman Mara yang peminjamnya tidak membayar pinjaman tersebut. Semua anak-anak dan penjamin pertama dan kedua tidak boleh melanjutkan pelajaran ke MRSM, UiTM, menyewa premis dan gerai Mara serta apa-apa yang ada hubungan dengan dengan Mara. Dua orang ahli keluarga saya sendiri telah menerima surat pemberitahuan tersebut. Innalillahiwainnahirojiun...demikianlah nasib anak-anak Melayu.

Sekian dimaklumkan dan saya pohon maaf jika ada terkasar kata dan terlanjur bahasa. Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan. Wassalam. – ANAK MERLIMAU

KALI INI ORANG MERLIMAU SOKONGLAH PAS

Sekitar proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil dun Merlimau, Melaka

11.30 am Satu lawan satu di Dun Merlimau. Pengurus Pilihan Raya DUN Melimau, Roslan Eusoff mengumumkan Yuhaizad Abdullah (PAS) lawan Roslan Ahmad (BN). Laungan takbir bergema dari kumpulan penyokong Pakatan Rakyat. 3 bantahan yang dikemukakan ditolak oleh SPR.

11.00 am: MERLIMAU - Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Yusuf mengumumkan tempoh bantahan bagi borang pencalonan tamat

10.30 am: MERLIMAU - Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, PAS bertanding di Dun Merlimau untuk menang meskipun mengakui kawasan berkenaan kubu kuat Umno BN."Di Merlimau kita akui persaingan sangat sengit tapi tak patahkan semangat PAS untuk bertanding," katanya.

Beliau berkata, PAS meletakkan Yuhaizad sebagai calon kerana yakin dengan pengaruhnya terhadap masyarakat setempat memandangkan beliau seorang anak tempatan.10.10 am: MERLIMAU - Borang pencalonan dipaparkan oleh SPR di papan kenyataan. Borang pencalonan pertama dari calon PAS, Yuhaizad Abdullah.

9.15 am: MERLIMAU - Di luar Politeknik Merlimau, ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat tidak berganjak.
Mereka berkumpul di hadapan sekatan polis sambil berselawat, bertakbir, melaungkan slogan 'Hidup Islam, Hancur kezaliman' berselang seli.9.00 am: MERLIMAU - Pegawai pengurus pilihan raya Dun Merlimau mengumumkan masa untuk menyerahkan borang pencalonan dibuka.8.49 am: MERLIMAU - Perarakan calon telah tiba di pusat penamaan calon.Turut mengiringi calon adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan isteri calon.

8.35 am: MERLIMAU - Calon PAS, Yuhaizad Abdullah tiba di tempat berhimpun dan perarakan bermula. Calon PAS diapit Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.Perarakan diiringi laungan selawat dan keadaan terkawal.

8.25 am: MERLIMAU - Bob Lokman turut menyertai perarakan hari ini.

8.13 am: MERLIMAU - Pimpinan PR dan calon PAS serta penyokong sudah mula berkumpul di Padang Sime Darby Merlimau Utara sebelum memulakan perarakan.

Antara pimpinan PR yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Pengarah Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mat Akin.

7.57 am: MERLIMAU - Pihak polis semakin memperketatkan sekatan jalan di persekitaran jalan Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan utama perarakan calon ke pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau.

7.34 am: MERLIMAU - Suasana di persekitaran Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan perarakan calon mula sibuk.