Siapa yang tidak tahu untuk apa dia perlu MATI maka dia tidak layak untuk HIDUP !!

Laman Web Rasmi Parti

Laman Web Rasmi Parti
Sila klik Gambar

Followers

Saturday, February 19, 2011

 12 jaminan PAS untuk Malaysia Baru

SHAH ALAM, 19 Feb: PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.

Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini.

Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.

PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:


















1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.

Sementara itu dalam ucapannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dasar dan pendekatan Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS telah dibentangkannya untuk tatapan semua.

"Masa telah sampai untuk kita menggemblengkan seluruh tenaga dan sumber bagi mengangkat martabat umat Islam, mendayakan bangsa Melayu dan melahirkan Politik Lita'arafu yakni Politik Saling Menghormati.

"Semua usaha ini adalah bagi melahirkan sebuah Malaysia baru yang menjunjung tinggi tuntutan Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua yang bebas rasuuah, kezaliman dan penyelewengan kuasa.

Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berucap merasmikan konvensyen dengan memberikan penekanan terhadap peri pentingnya masyarakat negara ini diberi kefahaman paling tepat dan memudahkan.

Semua wakil PAS kawasan daripada seluruh negara hadir dalam konvensyen sehari yang turut menampilkan ramai tokoh antaranya; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Budayawan dan Cendikiawan terkenal, Prof Emiritus Dr Abu Bakar Abdul Hamid dan Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid.

Turut mendapat perhatian adalah ucapan dan pandangan daripada Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail termasuk AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dan Pakar Sains Politik dan Aktivis Sosial, Dr Wong Chin Huat.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengemukakan Buku Jingga mengandungi sepuluh perkara jaminan terdiri daripada mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

Jaminan itu juga meliputi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad, KWSP dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;

Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti gas sebanyak RM19 bilion kepada penjanan bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;

Mengiktiraf peranan dan jasa awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru mendidik bangsa;

Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;

Menyediakan perkhidmatan internet wi-fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa rakyat;

Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda dan;

Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Negeri Sabah.

 Tegak Islam, Melayu selamat !!!


SHAH ALAM, 19 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, Melayu tidak akan selamat jika terus memperjuangkan ketuanan Melayu tanpa memperkasakan Islam di kalangan kaum majoriti itu.

Ini kerana kata Abdul Hadi, hanya Islam yang mampu menyelamatkan semua bangsa kerana kepimpinan Islam menekankan amanah, bukan bersifat menindas antara satu sama lain.

“Kita jangan rasa selesa dengan Melayu sahaja tanpa diperkasakan dengan Islam. Kalau Allah nak pelihara Islam, maka Islam boleh naik dengan bangsa lain ambil alih.

“Sebab itu kita kena yakin kalau Melayu nak selamat maka Melayu hendaklah tegakkan Islam. Kalau tegakkan Melayu, Melayu tak akan selamat kerana Islam memang dipelihara oleh Allah SWT,” kata beliau sewaktu membentangkan kertas kerja 'Jaminan PAS' di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-Jaminan PAS di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Menurutnya, Allah memerintahkan hal ehwal memerintah diserahkan kepada orang yang adil tanpa mengira kaum dan sejarah telah membuktikan bahawa Islam yang dibawa oleh pemimpin yang adil diterima semua kaum.

“Pada zaman awal Islam, apabila nabi Muhammad membina negara di Madinah, yang pertama dipersaudarakan orang Muhajirin dan Ansar, yang kedua diajak orang-orang bukan Islam di kalangan orang Yahudi diikuti orang bukan Islam kristian dan musyrikin,” jelasnya.

Tambahnya, apabila dicampur semua penduduk pada masa itu, kedudukan orang bukan Islam adalah majoriti namun mereka menerima kepimpinan Islam dan benci dengan kezaliman pemimpin-pemimpin mereka.

Abdul Hadi menjalaskan demikian sebagai mengulas jaminan PAS terhadap tiga perkara utama yang sering menjadi persoalan di kalangan orang Melayu.

Tiga jaminan tersebut adalah dari segi kedudukan Islam, politik dan ekonomi.

PAS, katanya akan terus mengupayakan Islam sebagai agama persekutuan dalam perkara tiga yang ditetapkan sebagai salah satu antara tunggak Dasar Bersama Pakatan.

Dari segi kedudukan ekonomi pula beliau berkata, PAS bersedia untuk berdebat dengan Umno atas isu kedudukan ekonomi orang melayu-Islam.
“Sudah lama PAS ditohmah dan dikatakan tidak mampu menangani isu ekonomi orang Melayu,”katanya.

Politik perkauman lagu lama Umno

Dari segi politik pula, PAS tegasnya sama sekali menolak slogan ketuanan Melayu kerana ia hanyalah slogan yang direka cipta untuk meneruskan kesinambungan kuasa hegemoni secara mutlak bukan sahaja terhadap Melayu, bahkan bukan Melayu serta merampas kuasa sultan berpelembagaan.

“Lepas kalah pada pilihan raya umum ke-12, Umno timbulkan soal Melayu, cuba menakut-nakutkan orang Melayu kononnya kuasa mereka akan hilang,” katanya.



so, kepada pengundi2 di Merlimau, sokongla Islam....



PRK Merlimau : alahai Tok Ali






Ketika ini, Umno-BN cukup berbangga dengan nostalgia kemenangan mereka di Dewan Undangan Negeri (Dun) Melimau, yang menyebabkan mereka tidak pernah mengambil kira mereka boleh kalah. Memang sekali imbas, untuk PAS menang di Melimau macam perkara mustahil, tetapi siapakah yang boleh mendahului kuasa Allah, jika ditakdirkan BN kalah kali ini, walaupun dari segi rekodnya, Melaka merupakan satu-satunya negeri yang tidak terlepas walau satu pun kerusi yang diwakili Umno.


Jika benar di Dun Melimau PAS tidak ada isu untuk dimainkan tetapi di Melaka, isu paling besar ialah kepimpinan Mohd Ali Rustam sendiri perlu dilihat secara menyeluruh untuk memastikan Melaka bersih dari segala bentuk penyelewengan dan rasuah.

Orang-orang Melayu di Melaka boleh seronok dengan infrastruktur dan landscape yang menarik tetapi apabila Mohd Ali dilarang bertanding dalam pemilihan Umno baru-baru ini, ia tidak boleh dilupakan begitu sahaja.

Jika wang menjadi sebab mengapa Mohd Ali dilarang dari bertanding, ahli-ahli Umno dan pengundi di Dun Melimau kena bertanya, dari mana wang Mohd Ali dapat untuk digunakan bagi menjalankan kempen untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Di mana-mana sahaja, Mohd Ali akan sampai, termasuk di hujung kampung di Sabah, bagi mendekati rakyat kononnya atas nama mesra rakyat tetapi, hakikatnya Mohd Ali mencari undi untuk mencuba nasib memenangi kerusi Timbalan Presiden Umno.

Malangnya, Mohd Ali tidak diyakini oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mampu memikul tanggungjawab tersebut, menyebabkan dia dihalang dari bertanding dan kebetulan, khabarnya Ibu Pejabat Umno yang kebanyakkannya mendapat anugerah Dato' dan Dato' Seri dari Melaka, terpaksa juga berusaha menangkap beberapa proksi Mohd Ali bagi mengaitkan Ketua Menteri Melaka ini dengan politik wang.

Itu cerita lama. Cerita lebih dua tahun dulu. Tetapi, ia belum boleh dilupakan. Mohd Ali sebenarnya mahu ditangkap kerana terlibat dengan politik wang serentak dengan tangkapan terhadap Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad beberapa tahun yang lalu.

Tetapi keperluan Umno ketika itu hanya mahu Mohd Isa sahaja disingkirkan dan tiga tahun kemudiannya, Mohd Ali pula.

Perlu disebut, ketika itu Mohd Isa adalah Naib Presiden Umno nombor satu, Mohd Ali adalah Naib Presiden Umno nombor dua dan Muhyiddin Mohd Yassin Naib Presiden Umno nombor tiga.




Mohd Ali bernasib baik kerana Najib tidak ada pilihan lain, selain Mohd Ali untuk dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka, menyebabkan Mohd Ali bukan sahaja dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Melaka dan Ahli MT, tetapi dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Ketika ini, Mohd Ali seolah-olah mencabar PAS supaya berdebat dengannya dalam isu Melaka Maju 2010 dan membandingkan Melaka dengan Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang tetapi, Mohd Ali lupa bahawa kesemua Ketua Menteri dan Menteri Besar negeri-negeri yang di kuasai Pakatan Rakyat tidak pernah terlibat dengan politik wang seperti yang terpalit pada batang tubuh Mohd Ali.

Biasalah, dalam Umno, kesalahan politik wang bagi mereka yang berjawatan tinggi, biasanya tidak terkait dengan kehilangan jawatan, kecuali Mohd Isa tetapi bagi mereka yang terkait dengan isu politik wang di peringkat bahagian, akan terhukum dengan hukuman yang cukup berat.

Kisah terbaru, Mohd Ali dan rombongannya menyewa kapal terbang untuk mencari pelabur di Indonesia. Ramai yang berada di dalam kapal terbang tersebut, antaranya anak kepada Perdana Menteri.

Nasib baik Tentera Nasional Indonesia (TNI) tidak mahu memanjang-manjangkan isu ini, walaupun kapalterbang ini ditahan di Lapangan Terbang Surabaya dan melepaskan Mohd Ali pulang dengan pesawat lain, tetapi kalaulah boleh diketahui siapakah 85 orang yang menganggotai rombongan Mohd Ali ini, mungkin banyak lagi rahsia akan terdedah.

Sebenarnya, sebagai Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali bernasib baik kerana dia sentiasa dilihat seorang pemimpin yang sering berada di mana-mana ketika kebakaran, banjir, majlis perkahwinan dan kematian.

Tetapi, hakikat sebenarnya, jikalah perbelanjaan Mohd Ali boleh diaudit, rakyat akan tahu banyak mana wang digunakan untuk dia melakukan kerja-kerja di luar bidang tugasnya sebagai Ketua Menteri termasuklah kekerapannya ke Sumatera, Indonesia dengan pelbagai alasan termasuk menarik pelaburan.

Suatu ketika dahulu, timbul isu kemurahan hati Kerajaan Negeri Melaka terhadap penganugerahan darjah Dato' kepada macam-macam jenis manusia. Namun, isu ini senyap begitu sahaja walaupun Melaka pernah digelar "kilang" Darjah Dato' di Malaysia.

Ada di antara penerima Darjah Dato' Melaka, entah pernah atau tidak datang ke Melaka, tiada siapa yang tahu.

Namun, tiada siapa boleh menyuarakannya kerana itu adalah hak beliau untuk mencadangkan penganugerahan tersebut, hingga ada yang menerima anugerah Dato' tersebut terlibat dalam kes pergaduhan dan sebagainya.

Ketika pihak Istana Negeri Sembilan mahu kajian semula dibuat terhadap penganugerahan JP, Melaka mungkin negeri yang paling risau mengenainya kerana Melaka juga boleh dikatakan cukup berminat menganugerahkan JP kepada kawan-kawan orang tertentu.

Kalau pengundi di Melimau mahu menghentikan semua perkara ini, mereka boleh mengurangkan undi kepada calon BN. Mesej ini jika ditunjukkan dalam peti undi, ia akan berjaya merubah situasi Ketua Menteri yang sering berbuat sesuka hatinya sahaja.

Ketika beliau menunjukkan dia mesra rakyat dan dekat dengan orang ramai, dalam masa yang sama dia juga sering ke sana ke mari untuk menghabiskan wang rakyat Melaka yang sepatutnya dicurahkan kepada orang-orang yang benar-benar memerlukannya.

Berapa banyak wang digunakan untuk menyewa kapal terbang untuk bersama-sama 85 yang lain, mungkin akan diceritakan kononnya ada syarikat swasta yang membiayainya, sedangkan mustahil ada syarikat swasta yang mahu menaja jika tiada "harapan menanti di depan" – juga akan menyebabkan berlaku penyelewengan.

Di tangan pengundi Melimau, jika mereka sayangkan Melaka dan sayangkan Malaysia, negara yang sedang kehilangan banyak wang ini, boleh dimulakan dengan memberi undi kepada calon PAS.

Ia mungkin tidak akan menyebabkan Mohd Ali jatuh dari kerusi Ketua menteri tetapi sekurang-kurangnya dapat menegur dan menyedarkannya dari keborosan dan kemewahan hidup sebagai seorang Ketua Menteri yang bebas untuk ke sana ke mari berkempen dalam Umno dan ke sana ke mari atas alasan kononnya menarik pelaburan.

KENYATAAN BOB LOKMAN SELEPAS MENYERTAI PAS


ALHAMDULILLAH....Aku amat bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan aku peluang untuk kembali ke ruangan ini setelah 2 tahun aku

tercari-cari jawapan untuk sebuah kebenaran. Hampir sekali aku membenarkan kebatilan menjadi sebuah haq dalam aliran pemikiran. Hanya ALLAH yang berkuasa memberikan petunjuk diatas jalannya yang lurus.


Setelah aku melalui takabbur demi takabbur, ujub demi ujub, sum'ah demi sum'ah begitu juga kesenangan demi kesenangan, ketakutan demi ketakutan dan setelah 2 kali menghampiri sempadan kematian, akhirnya aku sedar segala yg aku lalui itu sepatutnya ia berlaku dengan penuh kesedaran bahawasa itu semua DEMI ALLAH.

Maka aku kembali mencari jalan yang benar bermula dengan TAUBAT NASUHA kepada setiap perlakuan yang SYIRIK kepada ALLAH. Betapa terlalu lama aku bertuhankan dunia demi menyelamatkan kehidupan dunia dari soal kelaparan hinggalah kepada kemewahan yang melupakan aku kepada tujuan ALLAH menjadikan manusia dan jin di muka bumi ini.


Mengapa aku terpengaruh untuk mengejar dunia yang memang telah diberitahu oleh Almarhum Ayah semasa aku kecil, bahawa dunia ini adalah ba
la, setan, iblis, yahudi dan nasara, adalah kerana

dunia ini telah dibentuk acuannya oleh mereka yang bernafsu besar untuk menjadi hebat pada mata dunia. Bermulanya Malaysia ini dengan nafsu Tunku Abdul Rahman untuk membuktikan bahawa dia boleh melakukan lebih baik dari orang inggeris hinggalah sampai kezaman Mahathir yang bernafsu besar untuk menyatakan kepada bangsa lain di dunia bahawa orang melayu lebih hebat dari mereka.

Maka aku pun terperangkap didalam kehendak

nafsu besar pemimpin yang berbuat sesuatu kerana sesuatu yang aku kurang faham tetapi yang pastinya bukan KERANA ALLAH. Disambung pula oleh pemimpin selepasnya dengan niat "kerana mu Malaysia", "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" maka kita telah menyimpang jauh dari kehendak ALLAH menjadikan kita sebagai hambanya yang sepatutnya berbuat sesuatu "KERANA MU ALLAH" & 'ALLAH DIDAHULUKAN, TAQWA DIUTAMAKAN".

Kalau dahulu aku bersama-sama memben
arkan kemungkaran dan aku berstatuskan munafiq, hari ini ALLAH telah memberikan aku hidayah dan menguasakan aku untuk beriktikad dengan AKIDAH "LA ILA HA ILLALLAH, MUHAMMADURASULULALLAH".



Bersama dengan Ahlussunnahwaljamaah aku akan meneruskan sisa perjalanan mencari dan menyampaikan kebenaran kerana aku insaf ramai manusia tidak mahu menjadi jahat, tetapi kerana mahalnya harga nafsu yang perlu dibayar untuk dipuaskan, maka mereka terpaksa memilih jalan yang telah disediakan oleh yahudi dan nasara.

Langkah demi langkah aku akan meninggalkan yang haram dan syubhat hingga aku dipertemukan dengan jalan yang benar sebagaimana permohonan aku ketika aku membacakan "IH DINAS SIRA TAL MUSTAQIM" didalam surah ALFATIHAH. Semoga langkah awal ini akan dipermudahkan oleh ALLAH untuk aku mencari teman yang sealiran dan mengajak seramai mungkin umat manusia kembali kepada ALLAH.

Kepada Ibu Bapa, Guru-Guru dan para sahabat, doakan semoga aku sentiasa beristiqamah diatas jalan yang benar dan sentiasa bermujahadah DEMI ALLAH. kepada Umat Malaysia, marilah kita sama-sama mencari perubahan kearah kebenaran dengan menyatakan "TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH" dengan menegah perkara yang boleh menjadikan kita SYIRIK kepada ALLAH.

Assalamualaikum, Takbir- ALLAHUAKBAR.

Friday, February 18, 2011

ADA APA ALI ROSTAM DENGAN RM50.00?

Lihatlah kebaikan Ketua Menteri Melaka dengan menyampaikan sejumlah wang dalam bentuk ASB hanya sebanyak RM50 seorang kepada lebih 60 orang pelajar Melayu. Persoalannya, kenapa tidak memberikan jumlah yang lebih besar terutamanya untuk memperbaiki prasarana sekolah Tahfiz serta bagi tujuan peningkatan sistem pendidikan Tahfiz yang terdiri dikalangan pelajar Melayu dalam negeri Melaka?

Beliau telah menyampaikan sumbangan simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) kepada pelajar sekolah menengah Dewan Undangan negeri (DUN) Merlimau di sini hari ini. Seramai 60 pelajar sekolah menengah dari kalangan keluarga berpendapatan rendah dalam DUN Merlimau terpilih menerima sumbangan ASB bernilai RM50 tajaan Yayasan Melaka melibatkan perbelanjaan kira-kira RM3,000.

Pelajar terbabit dipilih dari empat sekolah menengah dalam DUN Merlimau iaitu seramai 30 pelajar dari Sekolah Menengah Tahfiz Chenderah dan masing-masing 10 pelajar dari Sekolah Menengah Tun Syed Zahirudin, Sekolah Menengah Dang Anum serta Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yaakub.

Cuba kita bandingkan jumlah RM50 tadi dengan peruntukan yang diterima oleh SRJK (C) Rasa semasa PRK Hulu Selangor sebanyak RM 3 juta. Dan semasa PRK Tenang pula kerajaan telah memberikan peruntukan RM 1.3 juta bagi lapan sekolah agama rakyat. Itu belum dikira lagi habuan kepada kaum India dan sebagainya.

Sepatutnya sebagai negeri yang digelar maju sepatutnya sekolah tahfiz yang terdiri daripada pelajar-pelajar Melayu ini diberikan bantuan yang lebih banyak dan besar sesuai dengan pembelaan UMNO buat Melayu tetapi semuanya hanyalah sebuah lakonan politik. Sumbangan yang sedikit itupun baru diberikan selepas ADUN Merlimau telah meninggal dunia. Inilah minda melayu Ali Rustam

HARI TU BABITKAN GURU SEKOLAH,HARI NI BUDAK PULAK JADI MANGSA


Umno/BN semakin terdesak untuk menghadapi pilihanraya N 27 Merlimau. Pelbagai taktik kotor mula digunakan yang sudah menjadi lumrah Umno/BN setiap kali pilihanraya. Jika sebelum ini guru-guru di Merlimau diperalatkan dalam kempen politik yang dihadiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, kali ini budak sekolah pula menjadi mangsa.

Berlindung di sebalik nama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, pelajar sekolah menengah di sekitar Merlimau telah dikerah kononnya menghadiri program Sambutan Maulidur Rasul. Perasminya ialah 'ustazah' Senator Shahrizat Jalil bertempat di Dewan Serbaguna Merlimau Timur pada 16 Febuari lalu.

Walhal dalam majlis itu, Shahrizat berucap merasmikan gerak kerja pilihanraya wanita Umno sempena PRK Merlimau. Malah dengan nada angkuh Shahrizat berkata dalam sidang akhbar selepas itu bahawa beliau akan mengerah 5000 wanita Umno untuk mengempur Merlimau. Adakah yang 5000 ribu tu termasuk budak-budak sekolah di Merlimau?

Apa yang lebih malang lagi kerana politik sempit Umno, pelajar sekolah di Merlimau sehari suntuk meninggalkan kelas waktu persekolahan yang akan menjejaskan sesi pembelajaran. Malah tindakan mengerah pelajar ke program berkenaan dibuat tanpa melalui pihak Pejabat Pendidikan Daerah Jasin dan Jabatan Pelajaran Negeri seperti prosedur yang sepatutnya. Di samping itu pelajar dibawa ke program berkenaan tanpa mengisi borang kebenaran ibu bapa dan penjaga untuk aktiviti luar. Siapa yang akan bertanggungjawab jika berlaku hal yang tidak diingini menimpa pelajar berkenaan?

Apakah pihak PPD dan JPN hanya membutakan mata dan memekakkan telingga dalam hal ini? Adakah ini semakin mengesahkan intitusi pendidikan juga menjadi alat politik dan kuda tunggangan Umno/BN?

Sah Artis Bob lokman Masuk Pas

Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Kedah sebentar tadi. Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada DS Ustaz Azizan Razak, MB Kedah Darul Aman.

Majlis ini telah dihadiri lebih 30 ribu pemuda dari seluruh negari. Kontinjen Negeri Kedah lebih dari 7 ribu. Selain itu, negeri Terengganu Darul Iman dan Selangor Darul Ehsan berjaya menghantar ramai pemuda ke Himpunan ini

Kesesakan jalanraya sepanjang lima kilometer di laluan ini dikawal dengan baik oleh para unit AMAL malaysia. Allah Akbar..!!!

Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan perbarisan kontinjen dengan lagu Negaraku, lagu PAS dan lagu Amal. Ucapan Alu-aluan oleh Ketua Pemuda PAS, Ustaz Ahmad bin Yahya. Seterusnya ucapan oleh Pengarah Himpunan 30K. Ustaz Nasarudin Tantawi menyampaikan amanat untuk para pemuda agar berjuang dengan lebih gigih untuk menjana kemenangan.

















Seterusnya ucapan perasmian oleh DS Ustaz Azizan Abdul Razak. Beliau begitu bersemangat dan gembira dengan himpunan yang besar begini. Dalam ucapannya beliau menyindir UMNO dengan katanya ‎'umno kini macam nyamuk kena ubat nyamuk, pening'. Selain beliau mengingatkan media agar tulis bagi betul ‎'Hari ini pemuda PAS berhimpun 30 ribu, tapi esok surat khabar tulis 300 sahaja"..