Siapa yang tidak tahu untuk apa dia perlu MATI maka dia tidak layak untuk HIDUP !!

Laman Web Rasmi Parti

Laman Web Rasmi Parti
Sila klik Gambar

Followers

Thursday, October 4, 2012

Dialog Imam Abu Hanifah Dengan Seorang Ateis

 




Dialog Imam Abu Hanifah dengan seorang ateis (orang yg tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan) bernama Dahri untuk bacaan, sekali gus hujah-hujah logik yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah boleh membantu dalam menjelaskan persoalan di manakah Allah?
Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam.
Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.

Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari, seorang ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya.

Khalifah memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum itu, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.

“Maha suci Allah, maha suci Allah, maha suci Allah, sesungguhnya aku tiada daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang maha tinggi lagi Maha Agung”. Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.
        

Membantu guru

Beliau juga memohon izin membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Maka berangkatlah ilmuwan belasan tahun itu bersama gurunya ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri mencabar dan memperlekeh-lekehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

“Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah yang masih muda.

“Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

“Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah, “Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa”.

Abu Hanifah lalu membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimu antara kamu beberapa darjat. 
(Al-Mujadalah: 11)
“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Tersentak Dahri seketika.
Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.

“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.

“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.

“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..?” Suara Dahri semakin meninggi.

“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.
“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?” bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.

“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa...,” Abu Hanifah berhujah.

“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!,” sahut Dahri.

“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Tersentak Dahri seketika.

Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: “Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?”

Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”

Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu di manakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnya atau di bawahkah...?” Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.

“Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!”

“Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti...” soal Dahri lagi.

“Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir,” tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan wujud tanpa ada permulaannya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas-Nya....?,” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit.

     


Tidak terfikir

Beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya...” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.”

“Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.”

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum lalu bertanya.

“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!,”. Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok, dan seolah-olah memperkecilkan kemampuan Abu Hanifah.

“Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini?” 
Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

“Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” katanya. Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:

“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !”

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Hadid: 3) dalam ayat yang keempat daripada surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud, … dan dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.

Maksudnya Allah s.w.t sentiasa mengawasi manusia dengan ilmunya, memerhati, mendengar serta berkuasa ke atas mereka biar di mana sahaja mereka berada. Di dalam fahaman ahli sunnah adalah ditegah mengishbat tempat bagi Allah, dengan menentukan lokasi baginya.

Hanya makhluk sahaja yang memerlukan tempat, namun Allah s.w.t tidak sama dengan makhluk, dan tidak memerlukan apa yang diperlukan oleh makhluk. Tidak boleh kita mengatakan Allah tempatnya di langit atau duduk di arasyh sebab Allah yang maha suci dari sesuatu tidak bertempat dan tidak mengambil tempat seperti makhluk, jika betul sebagaimana yang dikatakan oleh sesetengah puak yang melampau Allah duduk atas arasyh satu persoalan kita boleh bangkitkan, dimanakah Allah sebelum terciptanya Arasyh.?

Sebenarnya persoalan atau pertanyaan 'Di Mana.?' atau dalam bahasa arabnya ' Aina ?' tidak layak ditanya dan diguna pakai kepada Allah yang Maha suci, di mana berarti memerlukan jawapan tempat atau lokasi kepada kata tanya, Allah itu wujud sebelum terciptanya tempat dan sebelum adanya masa...sebagaimana mafhum dari kata ulama "Allah itu benar wujudNya, wujudnya Allah tidak berhajat kepada tempat sebagaimananya makhluk, wujudnya Allah meliputi ilmu yang layak bagiNya sahaja mengetahui, Allah wujud sejak azali sebelum terciptanya tempat dan masa....."wallhua'lam


      

Monday, July 16, 2012

7 Maratibul Amal

Meneliti Sirah Rasulullah saw, kita jelas mendapati jalan perjuangan dan fasa-fasa yang dilalui oleh Baginda saw dan para Sahabat ra seperti yang diatur oleh Allah swt.

Sebaik turun dari Gua Hirak pada 610M, Nabi saw mula membentuk (1)Peribadi-peribadi Islam yang bakal mendokong Dakwah Islam dan teguh melalui jalan panjang hingga mencapai matlamatnya.



Setiap sahabat pula mendidik keluarga masing-masing hingga menjadi (2) Keluarga Islam sejati lagi mithali. Kesemua isteri dan anak-anak Nabi saw seperti Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah mendokong Risalah dan melalui Jalan yang dilalui Baginda saw. Begitu juga Abu Bakar As-Siddiq didokong oleh isteri dan anak-anaknya Abdullah, Abdur Rahman, Aisyah, Asmak dan lain-lain.



Tumbuhnya keluarga-keluarga Islam ini mewarnai dan mencorak suasana dan didikan Islam di sekitar, maka lahirlah bibit sebuah (3) Masyarakat Islam di Mekah sebelum mereka diperintah oleh Allah dan RasulNya saw untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622M membentuk sebuah (4) Kerajaan Islam dibawah pimpinan Rasulullah saw sendiri.

Di Madinah, turun ayat-ayat Al-Quran mengenai Perundangan Islam sedikit demi sedikit menyentuh dan mengatur dari kehidupan ibadah dan sosial kepada hal ehwal berkait dengan kenegaraan dan Jihad (kekuatan dan kedaulatan) sehinggalah sempurna ciri-ciri sebuah (5) Negara Islam di Madinah.



Selepas Pembukaan Mekah pada tahun 630M, kerajaan-kerajaan kecil di Semenanjung Arab datang berbondong-bondong ke Madinah mengiklankan penggabungan ketua negara, kerajaan dan rakyat masing-masing di bawah Rasulullah saw dan berterusan ke zaman Abu Bakar As-Siddiq ra membentuk (6) Khilafah Islam. Pada masa itu, kuasa besar masih di tangan Kerajaan Rum dan Kerajaan Parsi. Selepas Rasulullah saw wafat (632M), Islam mengalahkan kedua-dua Kuasa Besar tersebut di zaman Umar Al-Khattab ra. lalu Islam ditabal

(7) Memimpin Alam Sejagat dan terus membimbingnya dengan Sistem Islam ke arah mendapatkan Syurga dan keredhaan Allah swt.



“Katakanlah (wahai Muhammad kepada umat Islam dan dunia), ‘Sekiranya kamu mencintai Allah, ikutlah (jalan) aku, nescaya kamu akan dicintai Allah dan Dia ampunkan dosa-dosa kamu” (Ali Imran;31). Kepada mereka yang mencintai Allah dan berazam menuju kepadanya Seerah RasulNya itulah jalan menuju kepadaNya. Berusaha dan beramallah melalui Jalan dan fasa-fasa di bawah :



TAJUK-TAJUK RUKUN AMAL 7

1. Peribadi Islam

2. Keluarga Islam

3. Masyarakat Islam

4. Kerajaan Islam

5. Negara Islam

6. Khalifah Islam

7. Ustaziatul Alam



10 Muwasafat Tarbiyyah




Apakah itu Muwasafat Tarbiyah?



Muwasafat Tarbiyah adalah kriteria yang perlu ditanamkan dalam diri untuk menjana keperibadian Muslim yang syumul.




1) Aqidah Sejahtera (Salim-ul Aqidah)

Tidak menjampi kecuali dengan al-Quran yang ma’thur
Tidak berhubung dengan Jin
Tidak meminta bantuan dari orang yang meminta bantuan jin
Tidak menenung nasib
Tidak mendekati tukang tilik
Tidak mengusap kubur
Tidak meminta bantuan dari simati
Tidak bersumpah dengan selain Allah
Tidak mempercayai adanya sial
Mengikhlaskan amal kerana Allah
Mengimani rukun-rukun Iman
Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yang diturunkan selain Allah swt



2) Ibadah Yang Sahih (Shahih-ul 'Ibadah)

Tidak menolak untuk melaungkan azan
Bersuci dengan sempurna
Sangat menghargai solat berjemaah
Sangat suka berjemaah di masjid
Memperbaiki mutu solat
Qiamullail seminggu sekali
Menunaikan zakat
Berpuasa wajib
Berpuasa sunat sehari setiap bulan
Ada niat untuk menunaikan haji
Beriltizam dengan adab-adab tilawah
Khusyuk ketka membaca al-Quran
Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
Berdoa pada waktu-waktu yang diutamakan
Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
Menjauhi dosa-dosa besar
Sentiasa membaca zikir pagi
Sentiasa membaca zikir petang
Mengingati Allah swt pada setiap situasi
Menunaikan Nazar
Menyebarkan Salam
Menahan anggota dari perkara haram
Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
Menggunakan sugi/siwak
Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin



3) Akhlak Yang Mantap (Matin-ul Khuluq)

Tidak takabbur
Mempunyai pendirian
Tidak menipu
Tidak mencaci
Tidak mengadu domba
Tidak mengumpat
Tidak berdusta
Tidak mengejek
Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
Tidak berkawan dengan orang yang berkelakuan buruk
Mengasihi orang yang lebih muda
Menghormati orang yang lebih tua
Menunaikan janji
Menundukkan pandangan
Menjaga rahsia
Menutup dosa orang lain
Cemburu terhadap isteri
Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya




4) Mampu Berdikari (Qadirun 'Ala-l Kasbi)

Menjauhi pekerjaaan yang haram
Menjauhi riba
Menjauhi judi
Menjauhi penipuan
Menunaikan zakat
Membuat simpanan walaupun sedikit
Tidak menangguh-nangguhkan tugasan yang diamanahkan
Memelihara harta awam
Memelihara harta peribadi



5) Berpengetahuan luas (Mutsaqqaf-ul Fikri)

Mampu membaca dan menulis dengan baik
Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
Memelihara hukum-hukum tilawah
Menghafaz setengah dari hadith 40
Menghafaz 20 hadith dari Riyadhusshalihin
Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yang penting
Mengenali sepuluh orang yang dijanjikan Syurga
Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
Mengetahui hukum-hukum solat
Mengetahui hukum-hukum puasa
Membaca sesuatu di luar bidangnya. 4 jam seminggu
Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng
Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
Mendengar dengan baik
Mampu memberikan pandangan
Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
Tidak menerima syubahat yang dilemparkan keatas kita



6) Tubuh Yang Cergas (Qawwiy-ul Jism)

Bersih tubuh badan
Bersih pakaian
Tempat tinggal yang bersih
Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum
Tidak berjaga malam berlebihan
Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu
Bangun sebelum terbit fajar/subuh
Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
Meninggalkan tabiat merokok
Menjauhi tempat-tempat kotor
Menjauhi tempat-tempat berpenyakit



7) Menguasai Diri (Mujahadat-ul Li Nafsi)

Menjauhi perkara-perkara haram
Menjauhi tempat-tempat lalai yang diharamkan
Meninggalkan tempat-tempat maksiat




8)Teratur urusannya (Munazhzhamun Fi Syu'unihi)

Penampilan yang elok
Tidak mempunyai hubungan dengan pihak yang menentang Islam




9)Sangat Menghargai Masa (Harishun 'Ala Waqtihi)

Bangun awal
Menggunakan masa tertentu untuk belajar




10)Bermanfaat Kepada Orang Lain (Nafi'un Li Ghairihi)

Menunaikan hak ibu bapa
Menyertai majlis-majlis kegembiraan
Membantu orang-orang yang memerlukan
Membimbing orang yang sesat
Berkahwin dengan pasangan yang sesuai

Friday, January 13, 2012

Fesyen-fesyen tudung wanita

Hari nie aq berkenan nak jadi pengkritik fesyen plak... fesyen yg aq nak kritik ari nie adelah fesyen tudong...hahaha

Fesyen tudung. Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung, digalakkan baca. Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman.


1. Tudung Nasi Lemak
Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan 'Tudung Nasi Lemak'.


2. Tudung Bukit
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.


3. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan...



4. Tudung Alien
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini meman sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.

Maksud hadis: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya" [HR Muslim]


5. Tudung Papa Kedana
Kebanyakan yang pakai tudung ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri...


6. Tudung Dato'
Ni, tak tau nak terangkan macam mana... Tak terkata. Fesyen? Entah... Mungkin pembaca lebih arif


7. Tudung Apa Jadah Entah?
Ini satu masalah besar lagi. Tudung yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar.


Tudung sarang tebuan pon ade!!









8. Tudung Muslimah
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)


* Tapi lagi bagus cara pemakaian tudung seperti zaman Rasulullah berulang semula.Berhijab seluruh badan.Barulah takde maksiat berlaku




Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]


Thursday, December 22, 2011

Kekacauan yg terkini !!!! Polis nak Tangkap Facebookers yg kutuk UMNO mulai Januari nie




Perhatian semua kepada member-member gua yang wat group salah guna jaga-jaga. Start bulan Januari 2012 cybergurt akan block mana-mana pihak yang salah guna facebook dan group yang melampau ke batasan atau page. Dan pihak polis serta pihak facebook malaysia bersama-sama cybergurt akan turun padang untuk selesai kes ini.

Dan juga admin-admin yang salah guna facebook, group dan page pula akan di kenakan penjara 1 tahun serta denda RM5000 Bagi mana-mana pengikut akan di kena denda RM5000 serta penjara 5 bulan./kijang59


Mula Jan 2012, semua bloger-bloger, cyber trooper, parti politik dan individu-individu penyokong dan pendokong pakatan rakyat semuanya kena pakat zip mulut kemas-kemas...tak boleh lagi sembarangan nak kata atau kutuk UMNO haprak...

Denda RM5 ribu turut dikenakan pada admin serta pengikut yang "menyalah guna laman facebook, blog atau sebagainya"

Wah! kira macam dah maksum UMNO ni...tak boleh nak dikritik dan dikomen...maknanya selepas Jan 2012...apa saja yang UMNO haprak buat...kita semua kena klik like...like...like...like..like..like..jelah...

Kalau nak komen kena tulis yang baguih-baguih...puji-puji menjela-jela..tatang melangit...dan jangan lupa dah tatang tinggi melangit..kita hempas ke lantai...agar berkecai!

Inilah demokrasi di Malaysia tanahairku tercinta...UMNO haprak hanya melaungkan kebebasan bersuara, kebebasan menentu pemimpin dan kerajaan tapi pada hakikatnya umpama tangan kanan menyuap makanan, tangan kiri mencubit paha...semakin banyak makanan yang disuap..semakin kuat paha dicubit..yang lemah..tentunya akan meluahkan semula makanan dimulut kerana tak tahan dicubit, yang kuat akan menelannya namun dengan linangan airmata menahan kesakitan.

UMNO haprak dah semakin terdesak...semakin terhimpit..mana-mana sumber yang tidak menguntungkan mereka, mereka akan cantas...tetapi mereka lupa...kuasa Maha Kuasa..mereka tidak boleh menahannya. Sekiranya mereka menganggap mereka cekap menyusun strategi...sebenarnya mereka lupa Allah lebih cekap menyusun perancangan.

Lama mana UMNO boleh menahan kemaraan rakyat..kemarahan rakyat umpama ledakan bom atom yang menanti saat untuk meletup..membinasakan UMNO dan kuncu-kuncu hapraknya yang semakin hari semakin gila mengawal kuasa..umpama dunia mereka yang punya.


Penyakit kronik yang ada pada UMNO itu sendiri..sudah BUSUK, HANYIR, BERULAT, siapa yang lalu ditepinya pasti akan muntah hijau...kerana tak tahan dengan bau busuk yang teramat sangat.

Amat wajarkah...sebuah parti yang sudah KRITIKAL...menanti masa menyembah bumi ini diberi mandat sekali lagi untuk PRU ke13 ini...wajarkan kita membiarkan untuk jangkamasa 5 tahun lagi..Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang berpenyakit...yang tidak boleh diubati lagi...

Oleh itu tepuk dada tanyalah iman...
Untuk sahabatku UMNO....tidak guna kita menongkah arus sungai yang semakin laju...kelak nanti ia membawa kita hanyut hilang entah ke mana.........

Gua beranggapan ni salah satu cara UMNO untuk menyekat kebebasan internet.. terutama nak dekat PRU 13. Laman blog, fb dan twitter yang pro pembangkang akan di sekat melalui pelbagai cara. Salah satu caranya ialah menyekatnya melalui rang undang-undang Bil Juru Komputer.. sila baca di sini dan di sini.

Wednesday, June 8, 2011

Para Da’ie Yang Berada Di Pinggir Da’wah


oleh ustaz Fathi Yakan


Ramai di kalangan para da’ie masa kini yang belum benar-benar memahami tentang selok-belok dan tujuan yang harus mereka ikuti; memahami berapa jauhkah jarak yang akan mereka tempuh. Mereka belum insaf bahawa da’wah adalah pengorbanan. Mereka belum mengerti tentang apa yang harus mereka korbankan dalam melaksanakan tugasnya itu, baik yang berupa harta dan jiwa raganya. Hal ini menyebabkan para da’iee sering menjadi contoh yang tidak baik terhadap ajaran Islam yang mereka sampaikan kepada masyarakat.

Mereka menjadi contoh yang tidak mulia terhadap perbuatan baik yang mereka kemukakan dalam Amar-ma’rufnya. Dengan demikian mereka menjadi beban yang berat bagi da’wah. Mereka menjadi batu penghalang yang memperlambatkan kelancaran da’wah.

Di antara mereka ada yang menyangka bahawa perintah-perintah Islam itu gugur dari pundak mereka kalau mereka sudah menulis buku tentang Islam, atau menulis artikel yang dimuatkan dalam surat khabar atau majalah, atau menyampaikan khutbah yang jitu di masjid, atau mengisi pengajian tetap Ada pula yang menyangka bahawa puncak kemuliaan dan kedudukan yang dicita-citakan ialah terdaftar namanya sebagai pengurus yang aktif dalam sesuatu jama’ah Islam dan nampak kegiatannya menghadiri program-program yang bertujuan memajukan jama’ah itu....!

Kita tidak ragu lagi bahawa mereka ini dan mereka itu adalah para petugas yang baru tegak di pinggir da’wah, di tepi ‘amal keislaman. Mereka belum turut terjun ke bidang da’wah. Mereka malahan belum turut masuk ke RUANG LINGKUP agama Islam yang sebenamya, malah masih belum turut menghirup udaranya yang segar…!


Pengertian yang benar tentang tugas ber’amal dalam Islam, seharusnya mendarah daging dalam fikiran mereka yang bertugas di lapangan itu. Mereka sedang mengajak masyarakat dan memberi contoh untuk mengerjakan sesuatu yang bernama “PENGORBANAN”. Pengorbanan dalam ertinya yang luas, melewati batas-batas jenisnya dan sifatnya. Pengorbanan mencakupi segala peredaran dalam roda Islam, walau bagaimanapun hangatnya keadaan dan suasana alam sekitar, dan bagaimanapun berat
nya tugas yang harus dilaksanakan!

قدرشحوك لامرلوفطنت له، فاربابنفسك ان ترعىمع الهمل.
Sesungguhnya anda sudah dicalonkan unuk tugas itu....
Jika anda telah mengerti hal itu....,
Maka anda perlu mempersiapkan diri....,
Agar jangan sampai tejadi...,
Anda dikenang orang di samping kegagalan

‘Amal dalam Islam merupakan usaha, yang bertujuan merombak masyarakat Jahiliyyah dalam segala seginya; kemudian membangun masyarakat Islam dalam segala aspek kehidupan! Jadi, mencabut kebudayaan Jahiliyyah sampai ke akar-akarnya, baik Jahiliyyah cara berfikir, atau Jahiliyyah susunan masyarakat, atau Jahiliyyah budi pekerti! Hal itu bererti, bahawa para da’iee harus berhadapan dengan mereka yang menyiarkan dan mempertahankan kebudayaan, cara berfikir, budi pekerti, dan segala Ajaran Jahiliyyah itu! Tujuan terakhir dari da’wah ialah menegakkan agama Allah di bumi ini, dan
meruntuhkan kekuasaan Thaghut....

Jalan yang begini sukar menempuhnya, dan tujuan yang begitu agung, di samping tugas yang begitu berat, tentu saja sukar untuk dipikul oleh petugas yang lemah imannya. Yang sanggup mengerjakan tugas itu hanyalah para penda’wah yang telah mewaqafkan hidupnya untuk berjuang menegakkan agama Allah...., mereka yang sudah tidak ada yang lebih dicintainya selain Allah dan Rasul-Nya. Mereka bersedia melepaskan dirinya dari kesenangan hidup dunia dan segala keinginannya.

Mereka tidak mahu mengarahkan kegiatannya untuk meni’mati godaan dunia ini, dengan segala ragamnya....!
( وََأمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ اْلهَوَى ( 40 ) َفإِنَّ الْجَنََّة هِيَ اْلمَْأوَى ( 41
“Dan adapun arang yang takut memikirkan kedudukannya di sisi Tuhan-Nya, dan iamelarang dirinya dari memperturutkan kemauannya, maka syurga itulah kelak yang akan menjadi tempat menetap……
(Surah Al-Nazi’at: Ayat 40-41)


Ber’amal untuk Islam belumlah dapat dijangkau oleh para penda’wah yang berda’wah hanya dengan lisan saja, hanya berbicara meyampaikan ajaranajaran Islam kepada masyarakat! Kata-kata yang diucapkannya itu harus disertainya dengan niat yang ikhlas, hidup untuk Islam, mati kerana Islam... tidak pernah lengah kerana berdagang dan berjual-beli. Ia tidak pernah lupa untuk mengingati Allah, dan berjuang untuk menegakkan agama Allah....!

إِنَّ الّلهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ َأنفُسَهُمْ وََأمْوَاَلهُم بَِأنَّ َلهُمُ ا َ لجنََّة يَُقاتُِلو َ ن فِي سَبِيلِ الّلهِ
َفيَ ْ قتُُلو َ ن وَيُ ْ قتَُلو َ ن وَعْدًا عََليْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالُْقرْآنِ وَمَنْ َأوَْفى بِعَهْدِهِ مِنَ
الّلهِ َفاسْتَبْشِرُوْا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وََذلِكَ هُوَ اْلَفوْزُ الْعَظِيمُ
“Mereka bejuang untuk menegakkan agama Allah; akhimya mereka membunuh musuhkemudian terbunuh itulah janji Tuhan yang benar, yang telah termaktub dalam Taurat, Injil dan Qur-an. Dan tidak ada siapa pun yang lebih sempurna menepati janjinya dari Allah. Oleh sebab itu bergembiralah kamu dengan perdaganganmu yang telah kamu iqrarkan. Dan itulah dia, kemenangan yang besar.”
(Surah Al-Taubah: Ayat 111)

Para penda’wah perlu mengingati bahawa memang sebenarnya jalan ke syurga itu sulit dan sempit. Barang dagangan Allah itu hanya dapat dijangkau oleh mereka yang mahu membayar harganya dan mencukupi perhitungannya! Sungguh tepat penjelasan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam, pada waktu baginda bersabda:

من خاف ادلج ومن ادلج بلغ المنزل. الا اسلعة الله غالية ألا ان سلعة
الله الجنة (رواه الترمذي ولحاآم)
“Barangsiapa yang takut kepada Allah, tentu ia tidak akan maju-mundur. Barangsiapayang tidak maju-mundur tentu akan sampai ke tempat tujuan. Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu mahal, Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu ialah syurga”
(Hadith Riwayat: Tirmidzi dan Al-Hakim).

Syadad Ibnu’l-Hadi pernah berkata: “Dahulu ada seorang laki-laki Badui datang menghadap Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam lalu menyatakan Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam bahawa dia beriman dan mengikuti Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam.
Kemudian ia berkata:

اهاجرمعك

“Saya ingin hijrah bersama-sama dengan Rasulullah”

Maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam menasihatkan kepada beberapa orang sahabat, supaya memelihara orang itu. Kemudian tibalah sa’atnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam berangkat ke Perang Khaibar. Di sana beliau berhasil menang dan memperoleh banyak harta rampasan perang.

Beliau lalu membagi harta itu. Beliau sendiri, dan orang Badui itu sama turut dapat bahagian. Lalu orang Badui itu berkata:
ماعلى هذا اتبعتك ولكن اتبعتك ان ارمى هاهنا (اوأشارالى خلقه بسهم)
فاموت فادخل الجنة
“Bukanlah untuk memperoleh harta ini aku mengikuti Rasulullah! Aku mengikuti
Rasulullah kerana ingin kena lempar di sini dengan ini (sambil menunjuk ke lehemya dan ke anak panah) , agar supaya aku mati dan lalu masuk syurga.”

Mendengar kata-katanya itu, RasuluLlah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

ان تصدق الله ليصد قنك الله
“Jika anda berkata benar, kerana Allah, tentu Allah akan membenarkan kata-katamu itu.”

Kemudian mereka tegak kembali, untuk melanjutkan
pertempuran.





Akhirnya orang itu dibawa ke hadapan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam dalam keadaan ia sudah syahid. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam lalu bertanya:

أهوهم؟
“Benarkah dia..?
Para sahabat menjawab:
نعم
“Ya benar!”

Akhirnya Rasulullah bersabda:
صدق الله فصد قه.
“Dia benar-benar berjuang kerana Allah, maka Allah membenarkan kata-kata yang telah
diucapkannya”

Wahai para da’ie! Inilah dia jalan ke syurga! Perjuangan yang terus
menerus, pekerjaan yang tak kunjung selesai! Semuanya disertai keinginan untuk termasuk golongan syuhada’!

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا َلنَهْدِيَنَّهُمْ سُبَُلنَا وَإِنَّ اللَّهَ َلمَعَ الْمُحْسِنِينَ
“Dan mereka yang bejuang untuk menegakkan agama Kami, tentu akan Kami tunjuki kejalan Kami. Dan sesungguhnya Allah selalu bersama-sama dengan orang-orang yangberbuat baik.”
(Surah Al-’Ankabut: Ayat 69)


http://penggalikubur96.blogspot.com





Monday, June 6, 2011

Apabila ustaz pun minum bir.


BERSETUJU betul saya supaya penggunaan istilah ‘bir halal’ dihentikan sebab perkataan tersebut tidak sesuai dan boleh mengelirukan umat Islam.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, ‘bir’ secara umum diketahui umat Islam adalah haram, dan tentu sekali tidak munasabah digunakan kepada minuman yang tidak beralkohol.

(Rujuk di sini)

Saya pun hairan mengapa ada pihak yang pakai istilah ‘bir’ untuk minuman yang dijual kepada orang Islam. Kalau sudah tahu minuman tersebut tidak beralkohol, kenapa hendak panggil ‘bir’?

Bagi kita ‘bir’ termasuk dalam kategori arak. Seluruh planet bumi tahu – seperti yang ditegaskan dalam al-Quran – bahawa arak adalah haram, dan minum arak adalah salah satu dosa besar.

Tentulah mengaibkan jika dikatakan orang Islam di Malaysia, termasuk para ustaz, minum bir. Orang pun boleh keliru dan bertanya mengapa Jakim halalkan bir?

* MUNGKIN ada pihak yang memang suka dengan istilah ‘bir’. Sama ada disedari atau tidak negara kita telah menghalalkan bir sejak berpuluh tahun lalu, iaitu ‘rut bir’ atau dalam istilah asalnya ‘roots beer’, sejenis minuman tanpa alkohol yang begitu popular. Saya sendiri sebagai Islam tulen telah meneguk ‘bir’ tersebut tiga empat tempayan sejak zaman remaja.

Apa pendapat Jamil Khir dalam hal ini? Saya cadangkan istilah ‘bir’ pada ‘rut bir’ dibuang, dan minuman kegemaran ramai itu disebut hanya ‘rut’.

Sekiranya ‘rut bir’ boleh terus digunakan, nanti ada orang lain yang taasub dengan istilah ‘bir’ ambil kesempatan lalu mencipta minuman tanpa alkohol dan menamakan ‘tebu bir’, ‘tembikai bir’, ‘longan bir’, ‘sirap bir’.

Alangkah aibnya Islam sekiranya setiap gerai, kedai, restoran menjual lebih banyak minuman bir dari minuman jenis lain. Lucu juga sekiranya majlis kenduri tahlil pun dihidangkan ‘bir’ sebagai penghilang dahaga.


* BERCAKAP mengenai istilah yang mengelirukan Islam, sebenarnya bukan setakat ‘bir’. Makanan segera kegemaran ramai ‘hot dog’ pun boleh mengelirukan. Macam mana orang Islam boleh makan ‘anjing panas’?

Opah di kampung Hulu Muar mesti terkejut, malah mungkin pengsan, apabila mendapat tahu cucunya yang baru jadi orang KL sudah pandai makan ‘anjing panas’, dan mula minum ‘bir’.

Satu lagi istilah yang pada hemat saya sengaja digunakan oleh pihak tertentu untuk mengelirukan orang Islam ialah ‘bacon’. Buka mana-mana kamus Inggeris, istilah tersebut bermaksud ‘daging babi’.

Oxford English Dictionary menyebut ‘bacon’ sebagai ‘salted or smoked meat from a pig’, atau ‘daging babi yang dibubuh garam atau disalai’. Sama seperti arak, babi pun ditegaskan dalam al-Quran sebagai haram.

Tetapi sekarang ‘bacon’ telah dihidangkan kepada umum, termasuk kepada orang Islam, secara terbuka baik di restoran, hotel dan tempat-tempat makan eksklusif. Orang Islam pun makan ‘babi’.

Pihak restoran, hotel dan kedai kek menggunakan istilah ‘bacon’, seperti ‘beef bacon’, ‘chicken bacon’. Mungkin tidak lama lagi akan ada pula ‘arnab bacon’, ‘tenggiri bacon’, ‘patin bacon’, ‘belut bacon’.

Mengapa perlu guna istilah ‘bacon’ untuk daging lembu, ayam dan sebagainya? Apakah tidak boleh gunakan ‘daging lembu salai’ atau ‘ayam salai’. ‘Bacon’ memang daging babi, kenapa hendak dikaitkan dengan lembu atau ayam?

Inilah yang orang kata ‘mengada-ngada’, atau ‘pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar’. Molek sekali pihak berkuasa agama Islam, khasnya Jakim, melarang penggunaan istilah ‘bacon’ untuk daging halal yang dijual kepada pengguna Islam.

* AKHIR kalam, tidak sahaja istilah asing, istilah tempatan juga hendak dikelirukan. Contoh, tidak lama dulu ada pihak dengan idea ‘amat bergeliga’ hendak menjual ‘bak kut teh’ untuk pengguna Islam.

‘Satu Malaya’ tahu bahawa istilah ‘Bak kut teh’ bererti ‘sup babi’, iaitu makanan kegemaran orang Cina. Mana boleh orang Islam makan babi? Konon, nama ‘bak kut teh’ hendak dikekalkan, cuma bahannya bukan dari babi tetapi dari daging halal seperti lembu, kambing, ayam dan sebagainya.

Tidakkah pelik, bodoh, lagi mengelirukan pakai nama ‘sup babi’ tetapi guna bahan daging lembu? Ini betul-betul kes ‘gila-gila babi’.

Syabas kepada NGO-NGO Islam juga Jakim yang peka dan menolak idea kartun ini. Kalau tidak nanti media barat yang anti Islam akan menghina kita dengan tajuk berita ‘Islam di Malaysia makan sup babi’.