Siapa yang tidak tahu untuk apa dia perlu MATI maka dia tidak layak untuk HIDUP !!

Laman Web Rasmi Parti

Laman Web Rasmi Parti
Sila klik Gambar

Followers

Friday, January 1, 2010

BERITA PELIK AWAL TAHUN 2010


Bangsa Umno adalah suatu bangsa yang pelik. Banyak yang pelik pelik mai dari depa. Hangpa tak percaya, hangpa tengok sini. Depa yang gatai naikkan harga barangan, depa juga yang arah anak anak depa pi garu.

Depa tau, sikap depa yang sesuka hati naikkan harga barangan bakal menerima berbakul bakul maki hamun dari orang orang kampung macam aku ni. Sikap lupa diri depa bakal diajar rakyat insyaallah pada PRU ke13 nanti, hampa tunggulah. Mungkin menyedari akibat dari tindakan yang amat tidak popular ini, maka segelintir Pemuda Umno buat buat tunjuk miskin dengan membantah kenaikan harga gula.

Dengan harapan, Melayu boleh dibodohkan lagi dengan sikap dolak dalik depa. Rakyat lantik hangpa perintah kot kot nak bagi senang rakyat, menyusahkan lagi ada la... khiaakk.. pttuuiiihh....

Cukup ka dengan kenyataan manis berayat bombastik hang tuh...
BERITANYA
Pemuda Umno Bantah Kenaikan Harga Gula
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

KUALA LUMPUR: Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Megat Firdouz Megat Junid hari ini membantah kenaikan harga gula yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam.

Megat dalam satu kenyataan media merasakan perkara ini tidak patut berlaku walaupun kenaikan sekadar 20 sen ia tetap memberi impak negatif serta kesengsaraan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Di saat dunia menjangkakan ekonomi akan beransur pulih, rakyat dikejutkan dengan kenaikan mendadak ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, Pemuda Umno berharap kenaikan harga gula dapat dibatalkan atau ditangguhkan demi menghayati konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan. seterusnya

No comments:

Post a Comment