Siapa yang tidak tahu untuk apa dia perlu MATI maka dia tidak layak untuk HIDUP !!

Laman Web Rasmi Parti

Laman Web Rasmi Parti
Sila klik Gambar

Followers

Friday, January 8, 2010

Kebenaran Islam- Muhammad In Bible II..jom bongkar...




Rasullulah adalah Nabi terakhir yang diutuskan, tetapi Yahudi tidak menerima Nabi Muhammad kerana Nabi Muhammad bukan dari kaum mereka. Inilah bukti Nabi Muhammad adalah Nabi terakhir yang diutuskan dan ada disebutkan lama sebelum kelahiran Nabi Muhammad. Tetapi mereka masih menunggu penyelamat palsu (false messiah) dari kaum mereka yang akan dilantik di Temple Mount iaitu dajal al-masih.



“Hassan bin Thabit berkata: Demi Allah, sesunggunya ketika aku berumur antara 7 atau 8 tahun, aku mengingati apa yang aku dengar, ketika aku mendengar seorang pendita Yahudi melaungkan suaranya di suatu tempat yang tinggi di Yathrib(Madinah) wahai semua Yahudi! Sehingga berhimpunlah mereka dan berkata; apakah gerangan ini!Pendita Yahudi berkata: telah muncul semalam bintang Ahmad menandakan ia telah di lahirkan”.
Hadis Riwayat Ibnu Hisyam

Begitu juga dengan kisah Pendita Kristian iaitu Buhaira yang telah bertemu Rasullulah semasa baginda masih kecil di Basrah. Ketika itu Rasullulah mengikuti bapa saudaranya, Abu Talib berdagang bersama pedagang-pedagang lain. Sewaktu pedagang-pedagang melintasi biara Buhaira, Buhaira telah mengajak mereka untuk menikmati sedikit juadah. Ketika itulah Buhaira telah mengesan tanda pelik dan unik pada Rasullulah. Awan atau kabus sentiasa memayungi Rasullulah semasa beliau berjalan di siang hari sekalipun di dalam panas terik. Buhaira menyuruh Abu Talib menjaga Muhammad sebaik-baiknya kerana Muhammad akan menjadi pemimpin agung dan Rasullulah. Dan juga akan menjadi buruan Yahudi dan Israel. Ibn Sa'ad mahupun al-Tabari telah sepakat mengatakan bahawa Buhaira telah menjumpai ayat yang menerangkan kehadiran Muhammad dalam versi asli gospel (Kitab Injil).

Mungkinkah ayat yang dijumpai oleh Buhaira ialah dari Song Of Solomon, Chapter 5, Verses 16?

Di dalam Old Tastement, Song Of Solomon Chapter 5, verses 16 ada disebutkan nama Muhammad. Old Tastement asal ditulis di dalam bahasa Hebrew. Kita (melayu) juga ada menggunakan beberapa perkataan dari bahasa Hebrew, contohnya Abah. Abah adalah perkataan Hebrew untuk ayah. Mengapa kita juga menggunakan perkataan Hebrew? Mungkin teori the lost tribe of Israel boleh menjawab pertanyaan ini.



Song Of Solomon, Chapter 5 verses 16
"Hikko Mamittakim we kullo Muhammadim Zehdoodeh wa Zehraee Bayna Jerusalem."

Ditranslatekan di dalam bahasa Inggeris sebagai

"His mouth is most sweet: yea, he is altogether lovely. This is my beloved, and this is my friend, O daughters of Jerusalem."


Perkataan Muhammadim itu telah ditranslatekan sebagai 'altogether lovely' oleh penulis bible. Tetapi di dalam bahasa Hebrew itu perkataan Muhammadim itu masih kekal. Di sinilah kitab tersebut diselewengkan dengan menghapuskan nama Muhammad. Muhammad'im'. 'im' itu adalah plural of respect.

Di sini saya bagi contoh lain untuk plural of respect, 'im' dalam bahasa Hebrew.

Genesis 1:1 (Inggeris)
'In the beginning god created the heavens and the earth'

Genesis 1:1 (Hebrew)

'Bereshit bara elohim et hashamayim ve'et ha'aretz.'


Pekataan 'god' di dalam bahasa Hebrew ialah 'ell', 'ella'. 'ellohim' ialah perkataan yang menggambarkan penuh rasa hormat terhadap tuhan. Plural Of Respect. Begitu juga 'im' digunakan untuk Muhammad. Muhammadim. Untuk menunjukkan penuh rasa hormat kepada Muhammad.


Sekarang saya akan rungkaikan perkara ini secara lebih mendalam. Sebelum itu kita mesti tahu tentang bahasa Hebrew. Hebrew adalah bahasa purba yang mengandungi 22 huruf konsonan dan tiada huruf vokal. Hanya pada abad ke 8 huruf vokal diperkenalkan untuk bahasa Hebrew ini di dalam bentuk dot dan garis.

Muhammad dieja di dalam bahasa Hebrew sebagai . Mengandungi empat huruf dan dibaca dari kanan ke kiri sama seperti bahasa Arab.

Mahmad


Mengikut Kamus Ben Yehuda's Hebrew-English, Mahmad bermakna yang disayangi, yang bernilai danyang terpuji! Sama maksud di dalam bahasa Arab, Muhammad ialah yang terpuji (the praised one). Ini membuktikan bahawa Muhammad telah disebutkan di dalam kitab-kitab sebelum ini.


Diharap dengan sedikit penerangan yang tidak seberapa ini dapat menjelaskan lagi tentang kebenaran Islam. Sebar-sebarkanlah artikel ini kepada saudara kita yang lain.



"Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) sesuatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing)
Al-Maidah: 48

1 comment:

  1. Conférence Téléphonique Débat Islamique Numéro 07,55,50,07,12 Code: 25 20 54 GRATUIT On Parles de Roqya Symptômes de Sorcellerie Djinns Amoureux et Mauvais Œil la prière la mort les anges .Débat sur les religions .

    ReplyDelete