Siapa yang tidak tahu untuk apa dia perlu MATI maka dia tidak layak untuk HIDUP !!

Laman Web Rasmi Parti

Laman Web Rasmi Parti
Sila klik Gambar

Followers

Wednesday, December 23, 2009

BEKUBURNYE SEMANGAT JIHAD....




Berkatalah seorang Pak Menteri dan kuncu-kuncunya bahawa sanya jihad utama ialah jihad ekonomi sahaja, sekarang tak perlu jihad yang lain-lain.
Uwekk, loya le pulak. Kalau jihad ekonomi tu menaiktarafkan ekonomi Islam tak apa le juga. tapi jihad ekonominya pergi menaikkan ekonomi kapitalis. Jihad apa jadahnya tu. Tu yang aku rasa bertuah sangat orang Palestin, Iraq, Afghanistan dan yang lain-lain. Maka berkatalah mereka bahawa itu Jihad perang sahaja. mana ada Jihad ekonominya, mana ada Jihad ilmunya dan jihad-jihad yang lain.

Rasa-rasanya kalau nak pi Jihad perang ni, tak perlu ilmu ke, nak pi jihad perang ni tak perlu ekonomi ke untuk memantapkan peralatan peperangan dan meneruskan perjuangan. Takkan nak pi Perang Jihad Fisabilillah terus mendadak je pergi. Takkan jihad iman tak ada di dalam dada. Jelas bila kita pergi berjuang fisabilillah segala jihad yang ada dalam Islam perlu dilaksanakan agar Jihad perang itu dapat dilaksanakan. Itu yang berlaku kat Lubnan yang dipelopori oleh pemimpin Hisbullah iaiitu Sheikh Hassan Nasrallah yang berjaya mengalahkan Israel dalam perang Israel dengan Lubnan baru-baru ini.

Dikatakan bahawa Hisbullah akan membayar ganti rugi bagi rumah sesiapa sahaja yang dibedil oleh Israel. Nak ganti dengan apa melainkan selama ini mereka mengamalkan jihad ekonomi. Kemudian kalau serangan ke atas wilayah Israel dengarnya, peluru berpandu yang dilancar oleh pihak Hisbullah punya le taktikal dan banyak hingga tak mampu pihak Israel menangkisnya. Agaknya guna jihad ape tu jihad ekonomi sajakah?. Seorang Doktor dari malaysia membuat lawatan ke Lubnan selepas peperangan itu selesai kerana Israel minta perdamaian. Beliau mendapati bahawa sepanjang perjalanan beliau lihat banyak, saya ulang banyak kenderaan perang Israel ranap seperti kereta kebal, jeep, kapal terbang, jet, helikopter dan lain lain. Agaknya serangan yang begitu hanya guna jihad ekonomi kapitalis sahajakah? Tentu jihad akidah mereka tu sangat mendalam dan bergerak secara teratur.

Tapi yang menariknya kat Melayusia ni, didalam buku pendidikan Islam tajuk Jihad pun telah dibuang dari buku baru sukatan. Ini mengikut cerita dari rakan aku yang juga seorang ustaz di sebeuah sekolah menengah dan disahkan oleh rakan-rakan ustaz yang lain. Melayusia yang takut nak melancarkan jihad. Patutnya buat, supaya musuh Islam akan gentar. Kalau setakat jihad yang dilaksanakan oleh Melayusia , pakat gelak dek musuh Islam je le. Musuh Islam, tak musuh apahal aku nak musuh pulak, jadi jangan jadi musush Islam, macam gerombiolan (disahkan lagi ejaan ini adalah benar) AMNO.

No comments:

Post a Comment