Siapa yang tidak tahu untuk apa dia perlu MATI maka dia tidak layak untuk HIDUP !!

Laman Web Rasmi Parti

Laman Web Rasmi Parti
Sila klik Gambar

Followers

Tuesday, December 8, 2009

ingati lah MATI....


Mengingati mati adlah satu perkata yang sangat terpuji dan dituntut oleh syarak kerana ia akan memberi keinsafan dengan membanyakkan ibadah dan menghilangkan kepada haloba kekangan hawa nafsu dunia dan angan-angan. Sabda Nabi SAW: Banyakkan oleh mu menyebut yang memutuskan segala kesedapan dan kelazatan dunia (iaitu mati) kerana bahawa mengingati mati itu akan menghilangkan sifat angan-angan kepada dunia melainkan sedikit sahaja disamping membanyakan melakukan ibadah.(Riwayat Al-Baihaqi dari Umar RH).
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda: Banyakkan oleh kamu akan menyebut perkara yang memutuskan segala kesedapn iaitu mati (Riwayat t-Termizi.An-Nasai, Ibnu Majah, al-Hakim)
Berkata Ibnu Umar RH, Apabila engku masuk waktu petang maka jangan engkau menanti waktu pagi. Dan apabila engkau masuk waktu pagi, jangan engkau menanti waktu petang. Ambil peluang olehmu daripada masa sihat engkau sebelum sakit engkau dan daripada masa hidup sebelum datang masa mati (Baihaqi)
Fikir-fikir, renung-renung dan insaflah semasa nyawa dikandung badan sebelum ajal menjemput pulang bertemu Allah.Dimna kita sekarang ?....

No comments:

Post a Comment